KOKUBURRAS HAMPIR PASTI KE FINAL

by - Tuesday, March 18, 2014

Juara bertahan Australia melangkah sebelah kaki ke final setelah mengekalkan rekod tanpa kalah dengan mengalahkan Afrika Selatan 7-0 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah di sini, Isnin.

Australia, selaku juara bertahan dan memburu gelaran kelapan, menguasai kejohanan ini dengan mengumpul sembilan mata dalam tiga perlawanan selepas mengalahkan China 7-0 dan Kanada 6-0 sebelum ini.


Walaupun turun sebagai pasukan pilihan, Australia menerima tentangan sengit pada awal perlawanan sebelum Trent Mitton membuka tirai jaringan pada minit ke-25.

Gol pembukaan tersebut telah mencetuskan semangat pemain untuk memperkemaskan rentak serangan dengan melakukan dua lagi jaringan menerusi Jamie Dwyer pada minit ke-34 dan seminit kemudian oleh Nicholas Budgeon menerusi pukulan sudut penalti.

Pada babak kedua perlawanan, Australia mula menguasai perlawanan dengan menambah empat lagi gol menerusi Dwyer pada minit ke-46, Chris Ciriello (52'), Daniel Beale (55') dan Mark Knowels menutup tirai jaringan pada minit ke-62.

Walaupun mencipta kemenangan besar namun jurulatih pasukan 'Kookaburras' itu, Ric Charlesworth tidak berpuas hati dengan corak permainan anak buahnya kerana mensia-siakan banyak peluang dan pergerakan tidak lancar seperti diharapkan.

 "Kami membuka banyak peluang tetapi tidak melakukan penyudahan. Situasi seperti ini kadang-kadang berlaku dan kami mahu meneruskan tekanan ke atas pihak lawan," katanya.

Australia akan menentang Korea Selatan Khamis ini sebelum melengkapkan jadual pusingan awal dengan menentang Malaysia, Sabtu ini. 
Penjaring: Trent Mitton (min-25'), Jamie Dwyer (34' dan 46'), Nicholas Budgeon (35'), Chris Ciriello (52'), Daniel Beale (55'), Mark Knowels (62').BERNAMA

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998