KEKAL MOMENTUM

by - Wednesday, March 19, 2014

Soal berapa jumlah gol dijaringkan ketika bertemu China hari ini bukan keutamaan Fitri Saari, sebaliknya pemain tengah skuad hoki negara itu hanya mahu memastikan dia serta rakan sepasukan mengutip tiga mata penuh.

Fitri yang memegang tanggungjawab berat selepas rombakan besar yang menyaksikan banyak muka baru dalam skuad negara berkata, Malaysia perlu menang dengan China untuk terus mengekalkan momentum menempah tiket ke pentas final.



Namun adik kepada penyerang utama negara Faizal Saari itu menegaskan, seperti ketika peritnya untuk seri 2-2 bertemu Korea sebelum ini, begitulah yang dijangkakan berlaku apabila bertemu China hari ini.



“Mungkin ada yang menganggap China mudah ditewaskan tapi kemenangan meyakinkan mereka ke atas Afrika Selatan serta tewas tipis kepada Korea menjadi bukti kita tidak boleh memandang mudah cabaran mereka.


“Yang saya dapat lihat ialah China kali ini lebih kuat berbanding sebelumnya. Kami perlu mempamerkan aksi lebih meyakinkan,” katanya.


Fitri bagaimanapun berkata, tidak mustahil untuk skuad negara mencatatkan kemenangan ke atas negara Tembok Besar itu.

“Kami boleh menang jika memanfaatkan sebaik-baiknya semua peluang yang ada dan tidak mengulangi kesilapan seperti sebelum ini.


“Tapi saya tidak fikir untuk menang besar, cukup sekadar menang dan mengutip tiga mata,” katanya.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998