KANADA ELAK TERCOROT

by - Monday, March 24, 2014

Kanada mencipta kejutan apabila menewaskan Afrika Selatan 2-0 sekali gus mengelak daripada menduduki tempat tercorot pada penentuan tempat ke-5/6 di saingan Piala Sultan Azlan Shah semalam.

Afrika Selatan yang hadir dengan reputasi hebat layak ke Piala Dunia di The Hague bermula 31 Mei, nyata gagal mempamerkan prestasi diharapkan sepanjang aksi peringkat kumpulan sebelum ini.


Pada perlawanan semalam, Kanada yang menduduki ranking ke-16 dunia, mempamerkan persembahan lebih mantap berbanding Afrika yang menduduki ranking ke-12.

Skuad Afrika yang dibimbing Fabian Gregory memperoleh pukulan sudut penalti pertama pada minit ke-23, tetapi gagal menyempurnakannya dengan baik.

Bersambung babak kedua, Kanada memperoleh dua pukulan sudut penalti, pada minit ke-56 dan 59, tetapi mereka mensia-siakan kedua-dua peluang itu.

Ketika permainan berbaki kurang 10 minit, Kanada akhirnya berjaya di depan pada minit ke-62 menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Adam Froese.

Afrika berpeluang menyamakan kedudukan, tetapi dua pukulan sudut penalti yang dihadiahkan kepada mereka, pada minit ke-63 dan 64 gagal disempurnakan dengan baik.

Ketika Afrika tercari-cari ruang untuk menyamakan kedudukan, Kanada menambah gol kedua empat minit sebelum tamat perlawanan menerusi gol padang Taylor Curran.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998