KAMI MAHU JUARA - AUSTRALIA

by - Thursday, March 13, 2014

Australia tanpa berselindung menyatakan hasrat mereka untuk sekali lagi muncul juara kejohanan Piala Sultan Azlan Shah yang bermula hari ini, sekali gus mempertahankan kejuaraan dimenangi tahun lalu.

Untuk membuktikan kesungguhan itu, mereka membawa barisan pemain terbaik yang rata-ratanya dijangka diturunkan pada saingan Piala Dunia yang akan berlangsung di The Hague, Belanda, pada Mei nanti.


Pengurus pasukan Martin Ferrari berkata, Piala Sultan Azlan Shah sentiasa memberikan kenangan istimewa kepada mereka dan atas faktor itu, Australia tidak mahu pulang dengan tangan kosong.

“Hoki seperti sukan lain, memang tidak boleh dijangka keputusannya kerana kadang kala hala tuju perlawanan itu hanya akan ditentukan pada saat-saat akhir.

“Kami pernah melaluinya pada tahun lalu iaitu ketika bertemu Malaysia pada aksi final.

“Kami harap dapat pulang sebagai juara sekali lagi.

Ketika ini kami sedang melakukan persiapan untuk ke Piala Dunia dan kejohanan Piala Sultan Azlan Shah ini cukup penting untuk menguji setiap pemain,” katanya.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998