KAJANG KE LIGA M?

by - Thursday, March 13, 2014

Ini laporan berita yang aku petik dari Malaysiakini , salah satu manifesto yang dibawak oleh calon PKR Dun Kajang Datuk Seri Wan Azizah ialah membentuk pasukan bola sepak tempatan bertafar kebangsaan.

Dan memetik juga kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pembentukan yang membolehkan pasukan tersebut bertanding di Liga M. Lagi pun Kajang ada stadium yang tidak dimaksimakan penggunaannya.


Dari satu sudut aku bersetuju dengan kedua-duanya, pertama niat unutk menubuhkan pasukan bolasepak dan kedua penggunaan maksimum stadium.

Tapi dari sudut politik pula aku tengok ini cuma untuk menarik undi golongan muda dengan janji dalam manifesto.

Kenapa?

Kenapa Kajang yang baru hendak ditandingi dalam PRK dijanjikan sebegini? Maaflah ye,
berapa lama Datuk Seri Anwar menjadi Ahli Parlimen untuk Permatang Pauh dan kemudiannya diikuti pulak oleh Datuk Seri Wan Azizah dan kembali kepada DSAI semula.

Cuba kita kira penggal dan kemudiannya kita kira tahun,dari 1982 sehingga sekarang (walaupun sepenggal dipegang oleh isteri beliau)

Dalam tempoh ini berapa banyak pasukan yang berjaya ditubuhkan yang berjaya dalam liga baik liga FAP,liga FAM mahupun Liga M?

Kalau pasukan sekolah yang berada didalam kawaan Parlimen tersebut memang ada dan terbukti kehandalannya.

Dalam tempoh nih juga bukan kata stadium,mini stadium..padang bola pun tak nampak peruntukkannya....futsal pun jauh sekali  

Itu jawatan Ahli Parlimen yang mempunyai kuasa lebih besar dari ADUN.

Jadi adakah semata-mata nak meraih undi maka dijanjikan sebegini kepada orang muda,kepada para belia?

Adakah ini juga sekadar manifesto yang bukannya janji yang harus ditunaikan kepada para pengundi?

Menang atau kalah Wan Azizah di Kajang bukan masalah aku. Kalau siapa sekali pun calon yang diletakkan untuk berrtanding bagi mana-mana pihak juga aku tak peduli pun. Ribuan majoriti yang diterima juga tidak mendatangkan kesan pada aku di sini.

Cuma kerana manifesto yang sebegini yang buat aku nak meluahkan rasa...cara orang politik meraih undi

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998