HUJUNG MINGGU DI KL,KAMI JUARA BERSAMA

by - Monday, March 03, 2014

Hujung minggu lepas aku turun KL dengan team OFA untuk satu tournament jemputan semperna sambutan 100 tahun English College.


Perlawanan hoki 4 penjuru yang diadakan di Stadium KPM Pantai.

Macam biasa seperti sebelum nih,team aku  bertolak ke KL pada malam Jumaat dan akan menginap di "parking hotel" RnR yang terdapat disepanjang highway.

Kali nih RnR Ulu Bernam menjadi pilihan kami untuk berhenti rehat melelapkan mata sebelum meneruskan perjalanan ke Stadium KPM pada awal pagi tu jugak.

Kami sampai ke stadium sewaktu azan subuh baru nak berkumandang dari Masjid Universiti Malaya. Dengan sedikit PR kami dapat kebenaran dari pengawal untuk masuk ke kawasan stadium untuk menggunakan kemudahan asas yang disediakan.

Perlawanan pertama kami adalah menentang pasukan penganjur dimana kami menang dengan keputusan 3-2, diikuti perlawanan kedua pada petang hari yang sama menentang pasukan Mcoba dimana keputusan berpihak kepada kami dengan kemenangan 5-3 dan secara automatiknya layak ke pertandingan akhir yang akan berlangsung pada keesokkan harinya.

Untuk perlawanan ketiga,kami ada meminta kepada penganjur untuk membatalkan perlawanan tersebut kerana kami dan pasukan AFATS secara automatik telah ke final walaupun mempunyai perlawanan menentang sesama sendiri pada sebelah pagi hari Ahad tetapi ditolak.

Atasa dasar menghormati penganjur,kedua-dua pasukan setuju untuk bermain sekadar mengambil syarat dan juga menyimpan tenaga untuk perlawanan akhir petang tersebut.

Hajat untuk satu perlawanan akhir yang menarik dan menghiburkan terbantut akibat hujan lebat dan pengadil dan penganjur mengambil keputusan untuk menamatkan perlawanan dan bersetuju untuk memberikan kejuaraan bersama kepada kedua-dua pasukan.



You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998