ELAK KENA BELASAH?

by - Friday, March 21, 2014

Elak kena belasah! Itu ingatan pemain tengah negara Muhammad Marhan Mohd Jalil kepada rakan sepasukan apabila skuad negara bertemu gergasi dunia Australia esok.

Marhan yang meledak gol pembukaan ketika skuad negara membelasah China 7-3 kelmarin berkata, skuad negara perlu mengelak daripada menerima nasib sama seperti beberapa pasukan lain yang mudah diratah Australia.


“Memang kami akan turun dengan misi untuk menang apabila bertemu Australia. Tapi kami juga perlu berwaspada mengelak daripada dibelasah.



“Lihat saja rekod mereka pada perlawanan sebelum ini, semuanya menang dengan jumlah jaringan besar.


“Kami perlu mengkaji corak permainan mereka dengan lebih mendalam untuk mengelak daripada menerima nasib sama,” katanya.


Marhan yang muncul antara pemain negara paling berpengalaman berkata, pasukan Australia yang tampil pada saingan kali ini jauh berbeza ketika skuad negara tewas tipis 3-2 kepada mereka pada aksi final tahun lalu.

“Kali ini mereka dibarisi pemain yang cukup berpengalaman dan rata-ratanya pernah beraksi di Piala Dunia dan Sukan Olimpik.


“Apapun, kami akan cuba memberikan saingan sengit kepada mereka, tiada yang mustahil,” katanya.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998