CHINA DIBELASAH AUSTRALIA

by - Friday, March 14, 2014

Ketua jurulatih Australia Ric Charlesworth mahu aksi konsisten yang dipamerkan anak buahnya ketika bertemu China semalam diulangi apabila bertemu Kanada pada perlawanan kedua, Ahad ini.

Australia terlalu unggul untuk China apabila mudah membelasah negara Tembok Besar itu 7-0 pada perlawanan pertama kedua-dua pasukan di saingan Piala Sultan Azlan Shah semalam.

Turun dengan reputasi hebat selaku juara bertahan serta negara paling banyak memenangi kejohanan jemputan tertua iaitu sebanyak tujuh kali, skuad bimbingan Ric Charlesworth di depan seawal minit ketiga menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Nicholas Budgeon.


China cuba untuk mengimbangi perlawanan semula, tetapi mereka tidak mampu menyekat kemaraan Australia yang meraih gol kedua pada minit ke-20 hasil jaringan padang Trent Mitton.

Australia yang membawa barisan pemain terbaik untuk persiapan Piala Dunia di The Hague, Belanda, meraih gol ketiga hasil sumbangan Jamie Dwyer dua minit sebelum tamat separuh masa pertama.


Bersambung babak kedua, Jacob Whetton menambah gol keempat pada minit ke-37 sebelum Russell Ford menambah gol kelima 10 minit kemudian hasil jaringan padang.


Australia terus berpesta gol dengan gol keenam sumbangan Budgeon minit ke-56 yang menyempurnakan pukulan sudut penalti dengan baik.

Kedudukan selesa itu masih belum memberi kepuasaan kepada anak buah Charlesworth yang terus meraih gol ketujuh hasil jaringan Budgeo enam minit sebelum tamat perlawanan.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998