CHINA BUKAN LAWAN MUDAH

by - Wednesday, March 19, 2014

Aksi cemerlang China selepas mengharungi tiga perlawanan pada saingan Piala Sultan Azlan Shah, menjadi pertimbangan utama pengendali skuad hoki negara Muhammad Dhaarma Raj Abdullah menjelang pertemuan anak buahnya dengan negara Tembok Besar itu, hari ini.

Meskipun tewas 0-7 pada perlawanan pertama kepada pasukan ranking pertama dunia Australia, China yang sekadar menduduki ranking ke-25, mula mempamerkan aksi meyakinkan dengan membelasah Afrika Selatan 5-0 sebelum tewas tipis 2-3 kepada juara Asia, Korea selatan.


Bagi Dhaarma, semua keputusan itu menunjukkan China bukan lawan yang boleh dipandang sebelah mata dan tidak menolak kemungkinan anak buahnya berdepan tugas perit mengutip tiga mata.

“Anda sendiri dapat lihat betapa bagusnya mereka ketika menewaskan pasukan ranking lebih tinggi, Afrika Selatan serta hampir mengejutkan Korea.



“Saya fikir tidak mudah untuk tewaskan mereka,” katanya.


Dhaarma tidak menolak kemungkinan menggunakan taktikal sama ketika bertemu Korea sebelum ini apabila turun pada perlawanan menentang China nanti.

“Apa juga perlawanan yang kami hadapi, tekanan sentiasa tinggi.


“Saya tidak pasti adakah kita akan menggunakan taktikal sama atau sebaliknya. Tapi apa yang saya boleh katakan ialah segala-galanya bergantung kepada situasi semasa di atas padang nanti.

“Mungkin kami perlu beraksi lebih pantas, agresif dan saya sendiri akan mengarahkan pemain untuk naik ke atas jika situasi memerlukan,” katanya.


Dhaarma bagaimanapun mengakui, skuad negara perlu mengutip tiga mata penuh apabila bertemu China kerana tugas besar menanti mereka pada perlawanan terakhir, bertemu Australia, Sabtu ini.METRO

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998