AZLAN MISRON KAPTEN DI PSAS

by - Thursday, March 13, 2014

Azlan Misron yang dilantik semula selaku kapten skuad negara di bawah bimbingan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah menegaskan dia serta rakan sepasukan sudah sedia untuk mengutip tiga mata pertama dalam kempen Piala Sultan Azlan Shah, bertemu Afrika Selatan hari ini.

Meskipun sedar beban digalasnya cukup berat kerana perlu menjadi pemimpin kepada rata-rata muka baru yang tidak mempunyai pengalaman bersaing dalam edisi ke-23 itu, Azlan tetap percaya barisan pemain muda yang menjadi pilihan Dhaarma sudah matang dan cukup bersedia untuk diturunkan pada perlawanan berkualiti tinggi.



“Walaupun barisan pemain kali ini dilihat jauh berbeza berbanding sebelum ini, saya tetap percaya mereka yang dipilih jurulatih tidak mempunyai masalah besar beraksi perlawanan kompetitif.

“Ini kerana mereka semua sudah mempunyai pengalaman luas pada saingan peringkat remaja termasuk di Piala Dunia.


“Asalkan kesemua mereka dapat bermain secara satu pasukan, saya yakin mereka mampu memikul tugas sebelum ini yang dipikul barisan pemain senior,” katanya pada sidang media semalam.


Azlan berkata, muka baru yang dipilih Dhaarma harus membuktikan sifat kematangan mereka seawal perlawanan pertama bertemu Afrika Selatan, hari ini.

“Yang penting bagi pasukan negara setiap pemain perlu beraksi konsisten setiap perlawanan.

“Saya tidak fikir tahap persefahaman antara senior dan pemain muda akan menjadi masalah kerana mereka sudah mendapat persefahaman itu ketika sesi latihan,” katanya. - METRO

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998