AUSSIE SAH KE FINAL

by - Friday, March 21, 2014

 Meskipun masih berbaki satu perlawanan, juara bertahan Australia sudah mengesahkan tempat ke pentas final Piala Sultan Azlan Shah, Ahad ini selepas menewaskan Korea Selatan 5-1 semalam.

Australia bermula garang dengan melakukan tekanan demi tekanan dalam kawasan D Korea dan usaha mereka itu ternyata berhasil apabila memperoleh gol pertama menerusi jaringan padang sumbangan Trent Mitton pada minit ke-10.



Skuad bimbingan Ric Charlesworth itu terus memberi tekanan kepada lawan mereka, tetapi beberapa peluang terbaik gagal disempurnakan dengan baik.



Korea menyamakan kedudukan tiga minit sebelum tamat perlawanan selepas Jang Jong Hyun menyempurnakan pukulan sudut penalti.


Ketika kedudukan dilihat seri 1-1 sebelum berakhir babak pertama, Nicholas Budgeon kembali meletakkan Australia di depan menerusi gol padang pada minit ke-35.


Separuh masa kedua menyaksikan permulaan yang agak seimbang bagi kedua-dua pasukan.

Australia dihadiahkan pukulan sudut penalti pertama pada minit ke-54, tetapi tiga cubaan mereka berjaya dinafikan penjaga gol Korea Lee Myung Ho.


Anak buah Charlesworth dihadiahkan pukulan sudut penalti sekali lagi pada minit ke-59 dan kali ini, Jeremy Hayward menolak cantik ke penjuru atas gawang Korea.

Matt Gohdes mengukuhkan kedudukan Australia dengan gol keempat pada minit ke-63 hasil jaringan padang dan dia sekali lagi menjaringkan gol kelima pada minit terakhir perlawanan.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998