TIPS UNTUK UJIAN JALANRAYA MOTOSIKAL

by - Thursday, February 20, 2014

Untuk mendapat lesen penuh sama ada lesen B2 mahupun B Full, kita kena lulus ujian-ujian yang terlah ditetapkan oleh pihak JPJ.

 Kalau sebelum nih aku ada buat entri pasal Ujian II so hari nih aku nak sambung pulak dengan Ujian III iaitu ujian jalanraya.

Ujian jalanraya sekarang dah tak buat atas jalan macam dulu semuanya buat kat litar yang dah disediakan saja.

Antara perkara yang perlu dibuat ialah ;

Beza antara lesen B2 dan B full ialah pada lorong atau jalan yang perlu digunakan. Untuk B2 kena ikut lorong kiri atau lorang B manakala untuk B Full terus ikut lorong kanan atau C dari tempat permulaan.

Untuk B Full perlu lalu halangan berbonggol,rujuk gambar atas.
Untuk gambar bawah adalah laluan untuk lesen B2


 
Menggunakan topi keledar dengan betul
Tidak menghidupkan enjin dalam gear
Nyalakan lampu hadapan
Melihat ke belakang sebelum bergerak
Beri keutamaan kepada kenderaan di jalan besar
Memberi isyarat dengan betul
Enjin tidak mati melebihi tiga kali
Penggunaan gear yang sesuai
Dapat mengimbang badan atau tidak terkeluar dari laluan tak rata (kelas B sahaja)
Memandu disebelah kiri
Berhenti mengikut peraturan pemanduan berhemat
Kaki tidak mencecah jalan
Tidak melanggar benteng
Tidak jatuh dari motosikal
Tidak terlibat dalam kemalangan.


Tapi untuk ujian jalanraya kena pastikan juga tangan kita tuh bergerak sama macam diarahkan,walaupun realitinya orang dah tak bagi signal tangan dah sekarang.
So kalau lulus ujian II dan III nih,kompem lah hangpa akan dapat lesen motosikal.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998