TAKTIK CELEBRATE HARI KEKASIH..

by - Friday, February 14, 2014

Ada taktik yang digunakan untuk cuba mengaburi kakitangan penguatkuas rupanya.

Biasalah time-time tengah hangat bercinta mesti kepala ligat cari idea...

Betukaq kek dan hadiah adalah salah satu sebab yang depa bagi,selain upacara sambutan ulangtahun.

Ada juga yang sewa hotel ikut jam untuk elak dicekup...


Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) mengecam tindakan mana-mana umat Islam yang cuba menyambut Hari Kekasih dalam apa jua cara sekalipun.

Ketua Unit Operasi dan Penguatkuasaannya, Khairul Azman Azizan berkata, penguatkuasa JAINPP sebelum ini pernah terserempak dengan pasangan Islam yang menyambut acara berkenaan di bilik hotel dan juga tempat awam.

Menurutnya, ada di antara mereka yang bertukar-tukar hadiah dan juga membeli kek.

“Apabila kami tanya ini untuk sambutan hari kekasih, mereka akan menidakkannya dan menjawab ia hanya sempena ulang tahun perkenalan mereka sahaja.

“Memang kebanyakannya remaja yang melakukannya tapi golongan yang sudah berusia pun ada juga yang dikenal pasti melakukan perbuatan sedemikian, malah ada isteri dan suami orang pun,” katanya kepada Sinar Harian.

 




 
Seperti biasa, JAINPP akan menjalankan operasi sepanjang hari berkenaan bagi mengelakkan perbuatan maksiat berkenaan terus berleluasa.

Terbaru Bahagian Penguatkuasa juga menemui trend terbaru pelaku maksiat ini apabila cuba mengubah taktik mereka daripada dihidu oleh JAINPP.

Khairul Azman berkata, sebelum ini ada pasangan yang belum berkahwin dan ingin melakukan maksiat akan ke mana-mana hotel untuk bermalam.

Namun kemudiannya trend tersebut semakin berubah apabila ada di antara pelaku maksiat ini menggunakan masa sekurang-kurangnya tiga hingga lima jam saja menyewa hotel.

“Taktik ini bukan saja mahu mengelirukan JAINPP, tapi dalam masa yang sama akan turut mengelirukan ibu bapa, anak-anak ini mungkin boleh kelirukan orang tua mereka kerana menyangka mereka
hanya keluar sekejap dan kemudiannya berada di rumah pada waktu malam.

“Tetapi sebenarnya tidak, kerana sebelum itu mereka sudah pun melakukan aktiviti yang tidak senonoh, jadi memang tugas ibu bapa wajib memantau pergerakan anak-anak mereka walau di mana jua,” katanya.

JAINPP akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang berkelakuan tidak sopan mengikut Seksyen 29 di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang.

Jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda sebanyak RM1,000 dan penjara selama enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, bagi Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat.

Jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara, ataupun kedua-duanya sekali.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998