SYAMIN MESTI KEMBALI

by - Wednesday, February 12, 2014

“Jangan ada perasaan berbelah bahagi. Anda mesti komited bila dapat panggilan daripada skuad kebangsaan.”

Itu nasihat Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang meminta semua pemain negara tidak mensia-siakan peluang diberikan dengan mengambil keputusan untuk menarik diri daripada skuad kebangsaan. 

Tengku Abdullah menegaskan, dengan beberapa saingan utama akan berlangsung sepanjang tahun ini, beliau mahu peluang yang diberikan kepada setiap pemain terpilih itu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. 



“Kita akan beraksi pada Piala Dunia serta Sukan Asia. Kita sudah berjaya dalam skuad remaja, sekarang tiba masanya untuk skuad senior mencipta nama pula,” katanya pada sidang media semalam.

Tengku Abdullah berkata demikian ketika ditanya keputusan penyerang muda negara Mohd Syamim Yusof yang menarik diri daripada skuad kebangsaan, baru-baru ini.


Mengenai bekas penyerang utama skuad remaja negara itu, Tengku Abdullah berharap Syamim memikirkan semula mengenai keputusannya itu. 

“Saya sendiri rasa terkejut dengan penarikan diri Syamim sebab saya lihat dia antara pemain berbakat yang kita ada. 

“Saya harap dia memikirkan semula keputusannya itu. Kalau nak berehat sementara, berehatlah tapi jangan terus bersara sebab dia ada potensi besar. 

“Bukan dia saja, mungkin pemain lain pun berasa terlalu letih tapi harap peluang kedua sentiasa diberikan kepada mereka,” katanya. 

Selain Syamim, beberapa pemain kebangsaan sudah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada skuad kebangsaan sebelum ini, antaranya termasuklah Azreen Rizal Nasir serta Harvinder Singh. - METRO

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998