SUDAH TRANSFORM KE #R125

by - Monday, February 10, 2014

Semalam cukup seminggu,bila aku hantaq FZ ini untuk ditransformasikan menjadi R125.

 
Dan hampir seminggu jugalah aku terpaksa naik turun shuttle bas untuk ulang alik pergi kerja.

Dengan hasil kerja dari Soul D'sign yang bertempat di Taman Putra Kulim Kedah maka Yamaha FZ 150i ini kini berubah wajah menjadi replika R125 factory racing...




Dengan kos pengubah suaian yang boleh dikira mampu buat aku kira berbaloilah untuk beri nafas kosmetik baru untuk Yamaha FZ150i aku sebelum nih.

Hasil kerja Soul D'sign nih boleh dikatakan memuaskan juga pasal walaupun set nih dikatakan custom made,tapi beberapa modifikasi braket dibuat lain untuk "meneguhkan" lagi ikatan supaya tak goyang.
 
So kalau ada yang berminat nak transform, apa kata cari trusted dealer untuk Yamaha FZ150i nih di facebook. Sekarang nih ramai dah dealer cuma yang trusted saja tak berapa nak ramai. 

Kalau nak pomen untuk pasang selain Soul D'sign di Kulim, Meor Rock oil di Permatang Tok Kandu pun boleh pasangkan. Tapi kalau ada pomen sendiri pun lagi bagus dapat jugak jimat kos pemasangan nanti.

So apa pulak lepas nih?
Ekzos letop?
Rim sukan?
Ada cadangan???

p/s: kejap lagi kena pi tempek nombor plate..
 
 
 

You May Also Like

2 BeLoQeR

  1. uikk...macam tak caya transfom jadi macam tu...wah..dah hebaq..barulah nampak macho motor tu..

    ReplyDelete
  2. transform mampu buat dengan harga yang berpatutan

    ReplyDelete

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998