SMARTPHONE DENGAN HARGA BAWAH RM100?

by - Wednesday, February 26, 2014

Mozzila Firefox OS dengan harga dibawah RM100 bakal masuk ke Malaysia?

Ini gambaq dari pakcik gugel, kalau betoilah model-model yang macam nih dibawak masuk pasti laris,terutama untuk golongan budjet rendah macam aku..


Macam tak percayakan, ada smartphone dengan harga cuma dalam lingkungan RM82.00..

Meh baca nih 

KUALA LUMPUR: Telefon pintar berharga $25 (RM81.90)  yang bakal dikeluarkan Mozilla menggunakan sistem operasi Firefox (Firefox OS) disambut baik oleh pakar IT tempatan kerana ia bakal membuka pasaran yang baharu khusus untuk mereka yang mempunyai bajet yang terhad.

Mengikut statistik, Malaysia kini mempunyai lima juta pengguna telefon pintar dan mempunyai jumlah penduduk seramai 28 juta secara kesulurahan. Jadi ini boleh dipasarkan kepada mereka yang tidak mampu memiliki telefon pintar.

Pengasas bersama dan pengarang (Contributing Editor) Digital News Asia Edwin Yapp berkata telefon pintar ini merupakan produk untuk pasaran yang khusus (niche market).

"Ia akan mendapat sambutan baik untuk segmen yang mempunyai bajet kurang dari RM200  untuk  membeli telefon pintar dan juga mereka yang masih memakai telefon biasa," kata Edwin.

Tambah beliau, untuk telefon pintar ini berjaya, ia bergantung kepada ekosistem aplikasi dan jika ia mempunyai aplikasi yang banyak. Ia juga bergantung kepada penjenamaan dan spesifikasi.

"Samsung, HTC, Sony, LG dan Motorola merupakan jenama besar yang menghasilkan telefon pintar Android. Mereka menghasilkan telefon pintar yang bagus dan oleh kerana itu, jualan Android meningkat.
Tiada banyak maklumat tentang Spreadtrum yang bakal berkerjasama dengan Mozilla," tambah beliau.

Pengasas NextUpAsia.com Daniel CerVentus berkata Mozilla juga mempunyai penjenamaan yang bagus dan popular dikalangan pengguna internet.

"Walaupun ramai akan memilih untuk membeli telefon pintar keluaran iPhone atau Samsung, namun telefon pintar ini (Mozilla) khusus untuk mereka yang memerlukan ciri-ciri penting sahaja seperti menelefon, menghatar mesej melalui WhatsApp, tangkap gambar atau melayari internet.

"Pengguna Android juga tidak semestinya menggunakan semua aplikasi yang terdapat di Android, jadi buat apa mereka perlu telefon pintar yang begitu canggih," kata Daniel.

Pengasas WatchTower & Friends, Shamsul Jafni pula berkata telefon ini akan menjadi hangat jika dijual di Malaysia.

"Saya sendiri akan membeli telefon ini. Ia akan mendapat sambutan hangat kepada mereka yang mungkin tidak mampu untuk memiliki telefon pintar yang lain. Pada masa yang sama, mereka yang sudah memiliki telefon pintar mungkin akan membeli ia sebagai telefon kedua. Dengan RM100 sahaja, ia amat berpatutan," kata beliau.

Apabila ditanya jika telefon pintar Mozilla ini akan membantu pembangun aplikasi tempatan, beliau berkata ia semua bergantung kepada pengguna telefon pintar  jika mereka sanggup membeli aplikasi berkenaan.

"Pengguna sekarang ini jugak agak sukar untuk membeli aplikasi. Jadi saya tidak pasti jika mereka yang membeli telefon pintar pada harga yang murah sanggup untuk membeli aplikasi," tambah beliau.

Pada hari Isnin, Mozilla mengumumkan pelancaran telefon pintar pada harga $25 khusus untuk pasaran negara yang sedang membangun.

"Kami sedang memperkenalkan kategori telefon pintar yang baharu, dan kerana ia berharga $25, lebih ramai orang di seluruh dapat berhubung dengan menggunakan telefon pintar," kata ketua pegawai operasi Mozilla Jay Sullivan pada Kongres Telefon Bimbit Dunia yang berlangsung di Barcelona.

Pada kongres berkenaan, sistem operasi Firefox (Firefox OS) digunakan di dalam telefon pintar keluaran China iaitu ZTE Open C dan Open II dan beberapa tablet keluaran Alcatel OneTouch.

Firefox OS dilancarkan pada tahun 2013 dengan pelancaran telefon pintar pertama mereka pada bulan Julai. Sehingga kini, ia telah pun dipasarkan di 15 negara.
AWANI

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998