SEDIKIT TIPS PRAKTIKAL UNTUK LESEN B FULL

by - Saturday, February 15, 2014

Ok hari ni aku nak bagi tips skit pasal ujian motorsikal. Cuma sikit perbezaan pada ujian jalanraya bagi lesen B Full dengan B2.

Print out nih selalunya driving school bagi masa teori untuk dijadikan rujukan. Kalau check kat google rasanya payah nak jumpa.


Rasanya kesemua litar untuk ujian motorsikal kat Malaysia nih sama saja, kalau ada yang lain tuh aku tak pasti lah.

Ujian nih diguna pakai untuk lesen B Full dan B2. 
Memula sekali, ujian pusingan 8 yang perlu dilakukan sebanyak 1 1/2pusingan

Pastikan mendapat isyarat dari penguji sebelum memulakan ujian. Untuk lulus bahagian pastikan tak langgaq benteng, tak jatuh dan kaki tak jejak tanah.

Lepas tuh pulak ujian meniti titi / jambatan / lorong sempit pulak.

Selepas 1  1/2 pusingan 8, keluar ke checkpoint seterusnya, Tunggu isyarat dari penguji untuk mulakan ujian nih. Untuk lulus,kena pastikan yang roda tidak jatuh dari titi / papan/jambatan. Kaki tak jejak tanah dan sekurannya 7 saat untuk meniti, biar lebih jangan kurang. Tujuan ujian nih untuk keseimbangan badan kita sewaktu menunggang.

Lepas meniti titi,teruskan saja ke ujian antara kon (dari mula lagi dah diasauh menyelit).

So jangan gabra, dah diasuh suruh menyelit, buat saja la. lagipun jarak agak jauh antara kon. Cuma pastikan tak jatuh,tak langgar benteng dan tak langgar kon.
Selesai ujian kos masuk selekoh buat free ride sampai ke bahagian brek kecemasan pulak.


Kawasan ujian brek kecemasan. Motor kena berhenti dalam petak yang disediakan. tak boleh lebih tak boleh kurang. Dan pastikan ada bunyi tayar terseret...dah nama pun brek kecemasan. Tapi jangan la pulak pi pulas full throttle, cukup sekadar mampu brek dan seret tayar sudah la.



Lepas saja ujian brek kecemasan, lalu di selekoh tajam dan berhenti untuk ujian jalanraya pulak.
Ok so dah dapatkan tips Ujian praktikal nih...
Yang penting jangan gabra,rileks je,pedulikan orang lain...sebab depa pun nak amik lesen macam kita jugak.

Okey nanti aku sambung pasal ujian jalanraya pulak

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998