SAYA AKAN KEMBALI SEMULA BERSAMA SKUAD NEGARA

by - Thursday, February 13, 2014


Penyerang muda negara, Mohd Syamim Yusof (jersi kuning) membuat pusingan U selepas dia mematuhi kehendak Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah agar kembali menyertai skuad kebangsaan. 



Menerusi laporan Arena Metro semalam, Tengku Abdullah berharap Syamim memikirkan semula keputusannya itu kerana beliau berpendapat pemain berusia 22 tahun itu mempunyai potensi besar. 

Syamim berkata, selepas memikirkan sedalam-dalamnya, dia bertekad untuk bertemu ketua jurulatih skuad negara Muhammad Dharma Raj Abdullah dalam masa terdekat untuk menyatakan kesediaan bersama skuad kebangsaan semula.

“Selepas membaca sendiri kenyataan Tengku Abdullah, saya fikir seeloknya untuk kembali semula dengan skuad kebangsaan.


“Disebabkan Tengku Abdullah meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada semua pemain termasuk saya. Jadi tidak elok untuk saya menolak hasratnya itu,” katanya ketika dihubungi semalam. 

Syamim dilaporkan menarik diri daripada skuad kebangsaan kerana hendak berehat seketika daripada arena sukan itu. 

“Saya sudah menyatakan hasrat untuk berehat selepas berakhir Piala Dunia Remaja di New Delhi kepada jurulatih. Apapun sekarang saya mahu lupakan semua itu dan akan kembali menjalani latihan bersama skuad negara,” katanya.- METRO

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998