SAS TANPA KELIBAT RAZIE

by - Thursday, February 13, 2014

Pakar pukulan sudut penalti negara Muhammad Razie Abd Rahim pasti tidak akan dapat beraksi pada saingan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak bermula 13 Mac depan, namun apa yang lebih mencetuskan persoalan besar ketika ini adalah mampukah pemain berusia 27 tahun tampil pada saingan Piala Dunia di The Hague, Belanda, Mei depan.

Segala-galanya menjadi tanda tanya selepas dia mengalami kecederaan serius di bahagian bahu kiri ketika beraksi bersama pasukan Dabur Mumbai Magicians dalam Liga Hoki India, baru-baru ini yang mungkin memerlukannya menjalani pembedahan. 


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz yang memeriksa Muhammad Razie semalam berkata, masa sememangnya cukup suntuk untuk pemain pertahanan skuad negara itu yang perlu menjalani rawatan dengan kadar segera. 

“Pada masa sekarang, kami tidak dapat memberi jawapan sama ada dia cukup bersedia untuk beraksi pada Piala Dunia atau tidak. Yang penting, biarlah dia tumpukan dulu proses pemulihan, tidak kiralah sama ada perlu menjalani pembedahan atau tidak.

“Razie akan bertemu pakar ortopedik pada Jumaat ini (esok) dan jika perlu menjalani pembedahan, dia perlu melakukannya pada Selasa depan,” katanya selepas melakukan pemeriksaan sendiri ke atas Muhammad Razie.


Jelas Ramlan, mengikut amalan biasa, seseorang atlet yang mengalami kecederaan sama seperti Muhammad Razie memerlukan proses pemulihan antara lapan hingga 12 minggu untuk pulih. 

“Itupun sekadar boleh lakukan latihan secara ringan. Apapun ini adalah sekadar panduan saja,” katanya.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998