RAZIE CEDERA,DHARMA RISAU

by - Monday, February 10, 2014

Ketua jurulatih skuad hoki negara Muhammad Dharma Raj Abdullah menerima perkhabaran kurang gembira menjelang saingan Piala Sultan Azlan Shah, di Ipoh, bermula 13 Mac depan, selepas pakar pukulan sudut penalti negara Muhammad Razie Abd Rahim ditimpa kecederaan bahagian bahu kiri ketika beraksi pada saingan Liga Hoki India.

Pemain pertahanan negara yang beraksi bersama pasukan Dabur Mumbai Magicians itu bersama seorang lagi rakan senegara yang juga penyerang utama Malaysia Faizal Saari, mengalami kecederaan itu ketika turun beraksi menentang Ranchi Rhinos, baru-baru ini.


Kecederaan yang menimpa kapten negara itu meletakkan Dharma berada dalam keadaan gusar dan memberi bayangan kemungkinan besar pemain berusia 27 tahun itu terpaksa diketepikan pada saingan Piala Sultan Azlan Shah.



“Saya memang bercadang menyenaraikan namanya pada saingan Piala Sultan Azlan Shah bagi menguatkan pasukan yang mungkin dibarisi ramai pemain muda.


“Tapi dengan berita terbaru itu, saya tak pasti sama ada dia dapat beraksi di Ipoh, tapi besar kemungkinan, tidak.


“Apapun, saya perlu mendapatkan situasi yang lebih jelas mengenai tahap kecederaannya di India terlebih dulu,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Razie yang dihubungi mengesahkan mengalami kecederaan itu tetapi dia sendiri tidak pasti sejauh mana teruk tahap kecederaannya itu kerana baru saja menjalani ujian imbasan magnetik resonan (MRI) kelmarin.


Dia juga masih tidak pasti sama perlu pulang segera ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan lanjut atau kekal menjalani rawatan di India.

“Saya belum bincang lagi dengan pihak pengurusan kerana kami sedang sibuk dengan perlawanan liga. Mungkin esok (hari ini) dapat berbincang dengan mereka.


“Saya pun tak pasti seteruk mana tahap kecederaan ini kerana belum dapat keputusan rasmi dari doktor,” katanya.METRO

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998