RAZIE BERBELAH BAGI

by - Saturday, February 15, 2014

Perasaan berbelah bahagi. Itu yang menghimpit pakar pukulan sudut penalti negara Muhammad Razie Abd Rahim ketika ini yang disahkan perlu menjalani pembedahan di bahagian baru kirinya selepas melakukan pemeriksaan di Pusat Perubatan Sukan Kuala Lumpur (KLSMC) semalam yang mungkin memusnahkan impiannya beraksi pada saingan Piala Dunia di The Hague, Belanda, Mei ini.


Ketika doktor yang merawatnya mencadangkan pembedahan dilakukan pada Selasa ini, Muhammad Razie masih buntu sama ada mahu menjalani pembedahan itu atau sebaliknya. 

“Doktor cadangkan saya lakukan pembedahan sebab kalau tak lakukan sekarang, kecederaan ini mungkin berterusan pada masa depan. 

“Tapi kalau tanya diri sendiri, saya memang tak pasti lagi nak lakukan pembedahan ini atau tidak.

“Sebab itu apabila saya tanya kepada doktor berapa lama diperlukan untuk pulih sepenuhnya selepas menjalani pembedahan ini, beliau beritahu mungkin memakan masa antara tiga hingga empat bulan,” katanya.


Bagaimanapun doktor yang turut merawat Datuk Lee Chong Wei ketika jaguh perseorangan negara itu mengalami kecederaan di buku lali kanan sebelum saingan Sukan Olimpik 2012 di London itu mencadangkan kepada Muhammad Razie menjalani kaedah rawatan stem cell sebagai usaha mempercepatkan proses pemulihannya. 

“Tapi saya perlu mengadakan perbincangan dengan semua pihak termasuk pengurus pasukan dan Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz (Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara) sebelum membuat keputusan muktamad,” katanya. 

Pemain pertahanan negara itu mengalami kecederaan berkenaan ketika turun beraksi bersama kelab Liga Hoki India, Dabur Mumbai Magicians berdepan Rachi Rhinos, baru-baru ini. METRO

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998