PURATA RM40 RIBU SEORANG

by - Wednesday, February 12, 2014

1909 orang dengan kerugian mencecah RM69.3 juta hasil penipuan jenayah siber,ini yang dilaporkan dalam BH.


Dan pastinya ada lagi yang diluaq sana yang terkena tapi malu untuk kedepan.

Yang hairannya,ramai yang menjadi mangsa ni bukan calang-calang orang, boleh dikira golongan yang dikatakan terpelajar,golongan profesional.

Tapi cuma dengan segala pujuk rayu kekasih siber yang tak pernah bersua muka ni pun depa boleh ditipu dengan mudah.

Sama ada depa nih sememangnya tamak atau pun kemaruk tak dapat dipastikan, tapi bagi aku depa nih semua bodoh yang tak boleh diajaq.

Bukannya tak pernah ada pendedahan. Di kaca TV,berita,suratkhabar,blog malah media sosial juga kerap melaporkan,menceritakan tentang penipuan semacam nih, tapi tetap juga ada yang kena tipu.


Come on lah dalam dunia yang semakin maju pemikiran pun perlu juga matang, tak kan baru sehari dua berbalas email dah ada orang yang nak bagi hadiah ribuan ringgit. Dan lagi mana ada courier servis yang boleh tahan kourier yang dihantaq kepada kita.

Kalau ditahan Kastam sekali pun tetap ada hitam putih,bukan depa main call suruh masuk duit ke dalam akaun saja.

 Mungkin pendedaha-pendedahan yang dibuat sebelum ni tak dipedulikan selagi tak kena batang hidung sendiri kut.


You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998