PEMAIN MUDA PERLU GALAS TANGGUNGJAWAP

by - Thursday, February 20, 2014

Andai ketua jurulatih hoki negara, Muhammad Dharma Raj Abdullah mahu menurunkan lebih ramai pemain muda pada Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh bermula 13 Mac ini, ia seharusnya tidak dipertikaikan. 

Ini kerana keputusannya itu lebih sebagai usaha untuk membantu mematangkan pemain yang disandarkan harapan itu. 



Bagi pengendali ini, pemain muda yang berada dalam senarai pasukan senior pernah juga menyertai kejohanan berkenaan sebelum ini tetapi hanya sebagai barisan kedua sekali gus tanggung jawab dipikul lebih kecil. 

“Mereka ini pernah bermain di Piala Sultan Azlan Shah. Ramai di antara mereka ini pernah bermain tetapi sebagai pemain sampingan saja. Pemain lebih berpengalaman yang memegang tanggung jawab besar, tetapi sampai bila? 

“Jadi daripada sekarang inilah, mereka (pemain muda) harus diturunkan dan memegang tanggungjawab besar. Takkanlah kita hanya mahu mengharapkan keringat pemain lama. 

“Kalau sekiranya mahu bagi pemain senior saja beraksi, sampai bila mereka ini boleh meningkat,” katanya. 
Antara pemain muda yang pernah beraksi di kejohanan jemputan itu sebelum ini adalah pertahanan, Mohammad Izad Hakimi Jamaluddin, S Selvaraju (tengah/penyerang), Muhammad Marhan Mohd Jalil (tengah-penyerang) dan Muhammad Ramadan Rosli (tengah-penyerang). 

Pemain senior berpengalaman pula adalah seperti penjaga gol, S Kumar, Tengku Ahmad Tajuddin Abdul Jalil (penyerang) dan Mohamad Sukri Abdul Mutalib (pertahanan). 

“Jadi bagi saya, sekiranya diturunkan mereka (pemain muda) perlu mengambil tanggung jawab itu dengan sebaiknya,” kata Muhammad Dharma lagi.BH

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998