LIGA HOKI WANITA BAKAL DIPERKENALKAN

by - Thursday, February 13, 2014

Kancah hoki tempatan bakal menjadi lebih rancak apabila Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) mengumumkan akan menganjurkan liga wanita buat kali pertama bermula bulan depan.

Presiden MHC, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, persaingan liga bertaraf Divisyen Satu itu akan membuka tirainya pada 16 Mac ini dan dijangka berakhir pertengahan Mei 2014.


Tambah Tengku Abdullah, sebanyak sepuluh pasukan akan bersaing dalam liga tersebut sekali gus diharap berlangsung penuh kompetitif.

"Ini adalah liga (wanita) yang pertama kali dianjurkan di negara ini dan pasukan yang akan bersaing adalah terbuka kepada pasukan berstatus kelab atau negeri.

"Dalam saingan liga ini sebanyak dua pemain import akan dibenarkan untuk beraksi buat sesebuah pasukan," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Lembaga Eksekutif Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), di sini.

Sementara itu, ditanya berhubung persiapan pasukan kebangsaan untuk menghadapi Piala Sultan Azlan Shah yang dijadual berlangsung 13 hingga 23 Mac ini, Tengku Abdullah menegaskan kepercayaan penuh diberikan kepada jurulatih Muhammad Dharma Raj Abdullah.

"Saya percaya jurulatih tahu mana keutamaan pasukan kita pada tahun ini dan beraksi pada Piala Sultan Azlan Shah juga adalah sebahagian daripada persiapan pasukan untuk menghadapi Piala Dunia dan Sukan Asia.

"Saya juga berharap pasukan kebangsaan dapat beraksi dengan sebaiknya dan kalau boleh cuba untuk dapatkan sasaran tiga terbaik," kata Tengku Abdullah. - UTUSAN

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998