KITA TAK BERNASIB BAIK WALAUPUN SAMA CHASIS

by - Thursday, February 13, 2014

Rasanya ramai pemilik Yamaha FZ150 nih tahu dan paham asal usul Fz150 nih dari mana.

Cuma pemilik-pemilik FZ nih kat Malaysia sungguh tak bernasib baik seperti pemilik-pemilik di India atau pun jiran terdekat kita di Indonesia.

Mana taknya kita di Malaysia cuma disajikan dengan FZ150 rangka saja berbanding dengan India mahupun Indon.

Di India model R15 pun dah ada dua versi

Version 1

Version 2

Kalau di Indon FZ150 versi Vixion dah bermacam jenis yang keluaq,yang terbaru NVL


Dan R125 pula kalau tak silap aku untuk pasaran Europe

Model yang sama chasis tapi dengan rupa bentuk yang sangat menarik dipasaran luaq berbanding dengan apa yang kita dapat di Malaysia.

Jadi untuk menaik taraf kekadang terpaksa keluaq kan sedikit modal untuk lakukan pembedahan kosmetik. 

Tapi still kita terpaksa bergantung kepada produk-produk custom yang dibawak masuk dari India mahupun Indon.

Ramai pemilik yang transform FZ menjadi R15 baik V1 ataupun V2, kalau set ori mahu dekat RM5 ribu satu set sekali dengan upah pasang dan aksessori tambahan macam rim sukan,tayar lebar dan sebagainya.

Kalau dengan kos mampu buat macam aku hanya dapat merasa set fiber custom yang dibawak masuk dari Indon. 

Tapi aku tak kecilkan kemampuan Indon dalam bab-bab transform motor FZ nih. Kalau dilihat dari FB group atau page depa mampu untuk ubah FZ150 jadi replika R6. 

Ramai juga seller yang bawak masuk set custom R6 ni sekarang,tapi harga set nih mencecah dekat RM2500 gak la tak masuk upah pasang.
Jadi sekarang kita cuma perlu siapkan RM saja untuk melakukan transformai yang kita inginkan, dengan RM yang mencukupi kita mampu untuk mengubah kepada sebarang bentuk yang kita inginkan...

Dan buat masa ini rasanya cukuplah dulu aku dengan keadaan yang macam nih
Dan yang paling tak best sekali bila undang-undang kita terlampau ketat,so kalau tak berani ambil risiko jangan bermimpi untuk modified

You May Also Like

2 BeLoQeR

  1. Salam bro nak tanya...saya ada beli moto fz150 convert r6, second, tp bila bawak dia punya headlamp tu goyang2 la...cane nak buat bg stabil ye

    ReplyDelete
  2. Salam bro nak tanya...saya ada beli moto fz150 convert r6, second, tp bila bawak dia punya headlamp tu goyang2 la...cane nak buat bg stabil ye

    ReplyDelete

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998