BRIDGE EXPRESS SHUTTLE TRANSIT
BRIDGE EXPRESS SHUTTLE TRANSIT atau BEST ini lah yang menjadi transport aku ulang alik pergi kerja minggu nih.
Dan secara kebetulan kali terakhir aku naik BEST nih ialah minggu akhir Januari dan awal Febuari macam minggu nih.
Sebenarnya perkhidmatan nih dah berjalan lama,untuk memudahkan orang yang tinggal di tanah besar untuk ke tempat kerja di bahagian pulau terutamanya di kawasan FIZ.
Kerjasama antara kerajaan negeri dengan Rapid Penang.
Ada 3 route utama untuk BEST, cuba tengok kat bawah nih
Aku guna BEST A kerana route yang digunakan lalu ikut tempat kerja aku,walaupun aku bukan bekerja di kawasan FIZ.
Nak tau lebih lanjut pasal BEST?
Cuba tengok laman web dia kat SINI
Di situ ada disertakan maklumat yang cukup mengenai perkhidmatan ini.
BEST ini juga disambung dengan Perda dan Juru Feeder di Jambatan Pulau Pinang. Maksudnya sesiapa yang nak naik Park n Ride ini boleh naik sama ada di Perda,Autocity Juru atau dari Sunway (permulaan).
Kalau pagi macam nih keadaan dalam bas,kadang tuh aku sorang je yang naik. Tapi kalau time balik perghhh penuh macam sardin pulak dah.
Kalau sesiapa yang bekerja dilaluan yang disediakan,boleh lah naik BEST nih bukan setakat dapat jimat petrol dan tol tapi juga dapat merehatkan kaki dan tangan bila time sesak atas jambatan.
Dan kenapa aku kena naik BEST??
Semuanya pasal motor yang tak rosak pergi hantar bengkel untuk cantik...tapi dah dekat seminggu tak siap-siap lagi!!
0 BeLoQeR
Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998