BANG, BERAPA KOS TRANSFORM?

by - Tuesday, February 11, 2014

"Bang,berapa kos transform?", pm yang aku terima kat facebook pasal modifikasi kosmetik Yamaha Fz150i jadi R125 replika.

 

Kalau aku kata mahal,nampak sangat menipukan! Sebab tuh bagi aku,diulangi bagi aku kos untuk transform ini ialah harga mampu buat. 

Kalau hang pa kat KL, beli set nih terus kat Palex Motorspot baru RM1200 campur RM100 upah pasang kat kedai sebelah (mengikut kata ramai) baru RM1300.00.

Kos aku untuk transform nih harga coverset,upah pasang,sedikit modification tambah bracket bagi kuat dengan signal light dan number plet dalam RM1500.00

Berbanding dengan kos untuk transform menggunakan coverset original R15 dari India yang mencecah RM1400 untuk front fairing saja. 

Kalau complete set siap la RM5000.00 itu pun bergantung kepada harga dealer dan harga pomen untuk pasang.


Nak cari set yang ori,masuk ke fb search Fazrul Naem,Alam Shah,Calpier dan ramai lagi yang bawak masuk set-set ori untuk Yamaha FZ150i. Yang nih antar sebahagian trusted seller yang dipercayai ramai pemilik FZ kat Malaysia

Ini untuk yang nak berfairing,kalau yang nak maintain naked tapi dengan sedikit modification pun. Kalau nak dapatkan aksessori naked cari brader Jamal Andre. 

Jadi kalau berminat untuk buat transformasi,tepuk dada tengok wallet dulu.

Kalau mampu yang original teruskan saja,kalau tak mampu macam aku rembat saja set fiber..

p/s: tengok kat fb ada brader tuh tengok promote set custom R6....sejibik lak tuh

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998