AGAK-AGAK BERAPA RAMAI TERTIPU?

by - Tuesday, February 11, 2014

Bagi kita pemilik kenderaan tak kira lah kereta,motor,lori atau apa saja kenderaan yang menggunakan petrol mahupun diesel, berapa ramai yang tengok skrin kat pump petrol masa isi minyak?

Kalau ada pun selalunya kita cuma melihat pada jumlah RM dah bukannya pada jumlah liter kan?

Walaupun ada juga yang melihat kedua-duanya sekali,namum kita kurang melakukan pengiraan yang sepatutunya, kerana bagi kita meter reading jarang silap,lagi pun ada sticker calibration dari pihak berwajib.


Nampak gayanya ada yang mengambil peluang mangaut keuntungan atas kealpaan kita nampaknya.

Baca kat SINI ada stesen petrol yang menipu pelanggan di kawasan Ipoh, Depa manipulasi pump dispenser dalam ertikata lain..

Dalam bahasa mudah, pengguna sepatutnya menerima 70 liter petrol untuk RM100, tetapi sebaliknya hanya menerima 65 liter sahaja.
Jadi sebelum terkena, cuba hafal kat dan ingat jumlah yang sepatutnya kita dapat dengan yang kita bayaq.

RM10 - 4.762lt
RM20- 9.524lt
RM30- 14.286lt
dan seterusnya iaitu gandaan 4.762lt bagi setiap Rm10.00 .

So mulai sekarang pandang-pandang lah sama kat meter pump tuh sama tau...

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998