YAMAHA YZF R125...MU TUNGGU AKU TUKAQ

by - Tuesday, January 21, 2014

Pejam celik pejam celik dah dekat setahun aku kudakan Yamaha FZ nih. Pejam celik pejam celik jugak dah dekat 110000 jenis kenderaan telah pun didaftarkan dengan JPJ dalam tempoh yang hampir sama dengan usia FZ aku atas jalan.

Alhamdullilah sepanjang aku guna FZ nih, tak pernah lagi dia merajuk atau buat hal kat aku.
Dan sepanjang tuh juga tak de pun sebarang bentuk modification yang aku buat keatas tubuh badan FZ nih...

Cuma aku tukaq side mirror ala-ala KOSO dengan tukar tayar belakang ubah tayar standard kilang dari belakang ke depan...itu saja dalam tempoh yang hampir setahun nih.

So kalau diikutkan boleh dikategorikan FZ yang dah cukup umur ,dah tiba masanya untuk ekoq disunat, diberi baju baru. Dan Konsep R125 nih menjadi pilihan aku buat masa ini.

Memandangkan kos modified ke konsep ori R15 akan memakan ribuan ringgit,so aku decide cuma untuk ambil set custom R125 fibre ja untuk first modification  aku.


Sekarang nih barang semua dah ada...tunggu masa yang sesuai saja unutk transform dari Yamaha FZ150i menjadi Yamaha YZF R125....so nantikan kemunculan wajah baru hujung bulan ini

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998