WALAUPUN HARGA KANGKUNG TURUN

by - Wednesday, January 15, 2014

Dua tiga hari ini penuh timeline baik di twitter mahupun facebook semua cerita pasal kangkung.

Bagi aku sendiri, contoh kangkung turun harga yang keluar dari mulut Perdana Menteri adalah sesuatu yang memang lawak...dan memang patut pun kena troll dari orang ramai.

Dalam kehangatan isu harga kangkung turun tidak pulak menjamin makanan dikedai mamak akan turun harga.

Kalau ikut Harian Metro di sini ,ahli gabungan Presma akan menaikkan harga makanan dan minuman diantara 18%.ke 23%.

So kalau ini menu harian aku waktu lunch...


Nasik,teloq rebus,daging dan teh ais harga sekarang RM6.00



Maka lepas ni kalau menu yang sama setiap hari aku perlu bayaq diantara RM7.00 ke RM8.00.

Dan kalau dicampurkan dengan GST pulak nanti....


Makan kangkung je lah

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998