SUNGAI DUA, SYURGA MAKANAN DI SEBERANG PERAI

by - Monday, January 06, 2014

Umumnya kita tahu kalau ke Penang selalunya selain dari tempat menarik untuk dilawati, makanan juga merupakan salah satu tarikan untuk depa yang datang ke Penang.

Sungai Dua syurga makanan? Pasti ada yang tertanya-tanyakan..

Jangan keliru dengan nama Sungai Dua, kerana di Penang ada dua tempat yang namanya sama. Satu yang terletak dibahagain pulau manakala yang satu lagi di bahagian tanah besar.

So yang nak diberitahu ini merupakan Sungai Dua yang terletak di bahagian tanah besar. Kalau hang pa memandu dari arah selatan hendak ke utara semenanjung seperti Kedah,Perlis atau pun terus ke sempadan atau sebaliknya dari utara nak ke selatan menggunakan lebuhraya Plus pastinya akan berjumpa susur keluar ke Sungai Dua.

Masuk saja ke arah Jalan Kampung Telok aroma membangkitkan nafsu makan pasti dapat dihidu  disepanjang dikiri dan kanan jalan.  
Kalau hendak menikmati juadah makanan yang disediakan, hang pa boleh berhenti di sepanjang jalan tersebut. Di kiri dan kanan ada tersedia kedai-kedai makan yang pastinya menambat selera hang pa semua.

Dari awal pagi sampailah ke tengah malam, Sungai Dua ini tak henti-henti menerima pengunjung yang ini merasakan keenakkan masalkan para peniaga disini.

Dari roti canai sehinggalah ke makaan barat semua ada disini. Antara tarikan di Sungai Dua ini ialah kelazatan Mee Udang, Char Koew Teow,Gulai Kawah dan juga bermacam jenis makanan lain yang disediakan pastinya membangkitkan selera makan kita.

Singgah saja lah dimana-mana kedai baik kiri mahupun kanan yang berada di sepanjang jalan Kampung Telok hang pa pasti tidak menyesal.

Cuma untuk masakan kampung yang meyelerakan ianya hanya dibuka semasa waktu siang saja, manakala untuk kedai-kedai makan yang lain ada yang beroperasai dari pagi hingga ke malam dan ada juga yang hanya mulakan perniagaaan dari petang ke malam.

Walau apa pun,Sungai Dua memang merupakan SYURGA MAKANAN ditanah besar...



You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998