SELAMAT TINGGAL 2013 DAN SELAMAT DATANG 2014

by - Wednesday, January 01, 2014

2013 dah pun melabuhkan tirai semalam, banyak kenangan pahit manis yang pasti akan terpahat sebagai sejarah dalam hidup kita.

Dan hari ini kita dah berada di tahun 2014, tahun baru yang pastinya ramai akan membuat azam baru, tercapai atau tidak setiap azam itu terpulanglah kepada depa yang berazam itu sendiri.

Ketepikan pasal azam baru atau azam tahun baru, jom kita ambil tahu pasal Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM2014 atau VMY2014).

http://visitmalaysiayear2014.com/ 
klik gambar untuk ke lama VMY2014


Kalau nak tengok apa yang dah disediakan untuk kita dan juga untuk para pelancong yang bakal datang melawat Malaysia nanti ,boleh lah rujuk laman web Tourism Malaysia.

Malah para blogger juga sedang giat membantu membuat promosi mengenai TMM2014 ni, banyak coretan tempat menarik untuk dikunjungi,tempat makan,tempat penginapan dan sebagainya telah dikongsikan untuk semua melalui blog-blog depa.

Kalau aku nak list down entri-entri blogger nih dah tentu tak terbaca, jadi apa kata hang pa semua gunakan khimat nasihat pakcik google yang sentiasa sudi membantu hangpa semua.

Jadi apa kata lepas dah dapat segala informasi tu,kita pakat-pakat rancang CUTI-CUTI MALAYSIA.... :-)


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2014 
DAN
 SELAMAT MENYAMBUT TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014

p/s: apa yang aku nak promosi kat penang ni hah???








You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998