NUR KHATIJAH...RM1 LEBIH BERNILAI DARI SEJUTA LIKE

by - Wednesday, January 08, 2014

Ramai yang tersentuh malah ada yang menitiskan air mata bila membaca kisah adik Nur Khatijah. Kisah kanak-kanak ini yang membayar yuran sekolah dengan menggunakan duit syilling yang dikumpul selama ini.
Selain suratkhabar, berita sedih ini juga dikongsi dimedia sosial dengan meluas.
Tapi kalau setakat kita bersedih,setakat kita like setiap status yang dikongsi di facebook atau kita share status orang lain dengan harapan nasib kanak-kanak ini akan berubah mungkin hanya sia-sia.
Kita harus ingat setiap like atau share difacebook tidak mungkin bertukar menjadi RM yang boleh membantu dibuat tabungan untuk masa depan. Malah setiap komen kita diblog juga tidak akan menambahkan tabungan adik Nur Khatijah.
Jadi apa kata kita pakat-pakat sumbang walaupun cuma RM1,ini mungkin dapat membantu kehidupan kanak-kanak ini.
Kerana ini yang diperlukan oleh mereka untuk meneruskan kehidupan dan bukannya LIKE mahupun SHARE yang banyak difacebook.
Moga dengan bantuan kita walaupun dengan RM1 mampu mengubah masa depan adik Nur Khatijah... in sha allah

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998