KALAU MALAYSIA GUNA PAKAI UNDANG-UNDANG SWEDEN

by - Tuesday, January 28, 2014

Kalaulah undang-undang yang diguna pakai di Sweden dipraktikan di Malaysia,agak-agaknya apa akan jadi?

Kalau mak bapak nak pukul tak boleh nak marah tak boleh,anak akan jadi apanya bila besar.

Sedangkan sekarang pun,anak dimarah,dipukul sekalipun belum tentu lagi jadi "orang" cubalah bayangkan...

Sejak tersebarnya kes penahanan suami isteri warga Malaysia di Sweden oleh pihak berkuasa tempatan kerana memukul anak mereka yang tidak solat, ramai rakyat Malaysia keliru dengan tindakan itu.

Menghukum anak kerana tidak bersolat dibenarkan dalam Islam tetapi hukuman itu boleh dilakukan tanpa menyebabkan kecederaan serius pada anggota fizikal anak.

Namun, hukum berkenaan menyalahi undang-undang di beberapa negara Barat dan Eropah.

Memandangkan pasangan itu berada di Sweden, maka pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan berlandaskan undang-undang yang dipraktikkan di negara itu sejak 1979, di mana hukuman atau denda terhadap kanak-kanak adalah kesalahan jenayah.

Di Sweden, negara itu mengamalkan no spanking law iaitu undang-undang melarang ibu bapa menghukum anak dengan cara memukul. Meskipun tidak meninggalkan kesan namun ia menyalahi undang-undang Sweden, malah, menengking pun tidak dibenarkan.

Justeru, undang-undang itu diperkenalkan bagi membendung kes penderaan.

Bagaimanapun, sesetengah pakar di Sweden berpendapat, semenjak undangundang itu dilaksanakan, kanak-kanak Sweden menjadi degil dan biadab.

Menurut laporan South China Morning Post, seorang ahli psikiatri iaitu David Eberhard berkata, undang-undang tersebut menyebabkan kanak-kanak Sweden mula menuntut hak sama rata dengan orang dewasa.

"Ia menyebabkan kanak-kanak menjadi penentu keputusan keluarga seperti bila hendak makan, tidur, menonton televisyen dan sebagainya," katanya.


Takrif memukul

Hukuman memukul lebih sinonim dengan corporal punishment atau hukuman sebat.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Kanak-kanak mentafsirkan, corporal punishment ialah memukul secara perlahan di mana-mana bahagian fi zikal bertujuan memberi sedikit kesakitan atau ketidakselesaan.

Sebelum 2012, di Amerika Syarikat (AS), hukuman sebat sah dilaksanakan ke atas individu bawah umur di 49 negeri.

Bagaimanapun, pertengahan tahun sama, Delaware muncul sebagai bandar pertama mengharamkan perbuatan itu sama ada di rumah atau sekolah dan mengkategorikannya sebagai penderaan.

Tuntutan itu mendapat sokongan daripada hasil kajian terhadap 2,000 ibu bapa. Kesimpulannya, hukuman itu diharamkan secara rasmi di 34 negara di seluruh dunia pada tahun lalu.


Kategori hukuman Dirumah

Hukuman ini bisanya dilakukan ibu bapa atau penjaga.

Ia lazimnya merujuk kepada tata cara memukul dengan membaringkan anak di pangkuan secara terbalik dan memukul punggung mereka dengan tangan.

Di Kanada, ibu bapa boleh melaksanakan hukuman itu kecuali bagi kanak-kanak di bawah 2 tahun. Mereka boleh memukul dengan tangan. Tetapi sekiranya menggunakan tali pinggang atau alat pemukul maka ia adalah dianggap kesalahan.

Selain itu, ibu bapa atau penjaga boleh dikenakan hukuman sekatan dalam negara atau dipenjarakan.

Di Britain, hukuman boleh dibuat terhadap kanak-kanak tetapi tidak boleh meninggalkan kesan pada badan.

Di Pakistan, ibu bapa atau penjaga dibolehkan memukul anak seperti terkandung Seksyen 89 di Kanun Keseksaan.

Disekolah Sebat terhadap pelajar atau murid sekolah diharamkan di banyak negara. Tetapi, ia masih boleh dibuat di bahagian punggung atau tapak tangan dengan menggunakan rotan atau pembaris dan memukul dalam keadaan tapak tangan terbuka.

Berbeza di Singapura, hukuman rotan hanya boleh dikenakan kepada pelajar atau murid lelaki sahaja.

Namun, hukuman itu kini semakin berkurangan kerana guru lebih menggunakan pendekatan psikologi berbanding menghukum.

Dibawah arahan hakim Sebanyak 33 negara masih melaksanakan hukuman sebat tetapi tidak dilakukan terhadap kanak-kanak. Ia dilakukan mengikut akta kesalahan.

Antara negara masih melaksanakan hukuman ini adalah Botswana, Malaysia, Singapura, Tanzania, Arab Saudi, Iran, Sudan, utara Nigeria dan Pakistan.SINAR HARIAN

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998