JIKA ANDA PENIAGA,BERHATI-HATILAH

by - Thursday, January 30, 2014

JIKA ANDA PENIAGA,BERHATI-HATILAH, terutama mereka yang menggunakan POS system yang pakai scanner. Dengan zaman yang serba canggih sekarang nih macam-macam orang boleh buat untuk menipu dan mengaut keuntungan.

Dan jika anda tidak berhati-hati atau pekerja anda tidak peka, anda pasti akan rugi.

Cuba tengok gambar dibawah ini


Nampak tak? Bahagaian barcode pada produk asal digantikan dengan barcode lain.

Salah satu kaedah yang diguna pakai ilah menampal barcode lain yang harganya jauh lebih murah pada barang yang hendak dicuri.
 
Pencuri sentiasa mencari ruang dan peluang terutama pada waktu puncak atau waktu sibuk.
 
Mungkin pencuri ini sedikit "berhemah" dengan konsep win-win situation kut. 

Yelah dia tak mencuri dalam erti kata mencuri yang sebenar, sebabnya dia masih lagi membayar barang yang dicuri cuma dengan harga yang jauh lebih murah. 

Ini adalah salah satu contoh yang boleh diberikan untuk sekadar mengingatkan saja, sebab banyak lagi kaedah yang boleh digunakan untuk mendatangkan keuntungan kepada pencuri walaupun dia mengeluarkan sedikit modal berbayar.

So berhati-hatilah bila ada pelanggan yang "suspicious" di premis niaga anda...

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998