DISAMAN KERANA VISOR HELMET GELAP?

by - Saturday, January 11, 2014

Disaman kerana visor helmet gelap?? Disaman kerana memakai selipar semasa menunggang motosikal??

Sejak awal tahun hari tuh banyak status yang berkongsi mengenai dua perkara ini lebih-lebih lagi di page atau groups para bikers,tak kira CC mahupun jenama.

Bermacam komen yang diterima, malah ramai yang anggap ini salah satu bentuk "penindasan" oleh pihak berkuasa.

Bila dah timbul isu saman yang macam nih,aku teringat ada berita yang pernah disiarkan sebelum ini pasai visor gelap... apa lagi google lah cari balik, antaranya:-


Hanya KDN boleh kaji semula penggunaan topi keledar 'visor tinted'

KUALA LUMPUR: Hanya Kementerian Dalam Negeri yang boleh menentukan sama ada perlunya topi keledar "tinted visor" dikaji semula penggunaannya, berikutan meningkatnya kes tembakan membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal yang menggunakan topi keledar itu.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kementerian akan menyokong sebarang usaha ke arah mengurangkan jenayah. - BERITA HARIAN

Dan juga yang nih
Topi keledar visor bahaya
NILAI – Penunggang motosikal dinasihatkan tidak memakai topi keledar skrin lutsinar (visor) yang tidak menepati piawaian kerana ia akan membahayakan pencahayaan pengguna jalan raya yang lain.

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Negeri Sembilan, Sanusi Abdul Hamid berkata, penggunaan topi keledar visor yang tidak menepati piawaian tersebut adalah sama dengan kesalahan penggunaan topi keledar kura-kura mengikut Kaedah-kaedah Motosikal, Topi Keledar 1973 (PU(A43/1973). SINAR HARIAN

Boleh rujuk kat sini kalau nak tahu antara kesalahan yang berada dibawah akta pengankutan jalan 1987
Tapi kalau rajin nak mentelaah,boleh pi kat SINI
Dan kalau jumpat akta yang berkaitan dengan kesalahan atau saman kerana visor gelap atau pakai selipar semasa menunggang.... harap-harap boleh lah tinggalkan dibahagian komen untuk dikongsi bersama.
Bukan nak pertikaikan cuma nak lebih memahami saja...
Sesambil tuh boleh jugak jenguk kat sini 
  





You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998