DHARMA DAPAT "RESTU" DARI PEMAIN

by - Wednesday, January 22, 2014

 Keputusan ketua jurulatih skuad hoki negara, Paul Revington meletak jawatan perlu 'direstui' semua pemain walaupun itu dibuat secara mengejut. 

Pemain tengah dan penyerang skuad hoki negara, Mohd Fitri Saari, 21 tahun, berkata dia menghormati keputusan jurulatih dari Afrika Selatan itu walaupun padanya hanya 70 peratus daripada pemain dapat menyesuaikan diri dengan corak latihan yang diterapkan jurulatih baru, Muhammad Dharma Raj Abdullah. 




“Ini pilihan peribadi Revington dan kami kena biasakan diri dengan corak latihan jurulatih baru (Dharma), kami kena hormatnya dan misi perlu diteruskan. Walaupun saya nampak ada lagi 30 peratus pemain yang masih tidak dapat biasakan diri, tapi ini hanya permulaan. 

“Dharma memang pengganti terbaik, lagipun dia ikut jadual yang ada macam sebelum ini. Saya pernah menjalani latihan kendalian Dharma, jadi saya nampak tidak banyak perubahan, bagi saya taktikal pun sama saja,” kata bekas kapten skuad hoki remaja itu. 


Sementara itu, pemain tengah, Mohd Shahrun Nabil Abdullah, 29, berkata setiap jurulatih mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing dan pemain perlu menghormati mereka. 
“Kita kena hormat keputusan yang sudah dibuat, mungkin pada peringkat awal saya terkejut, tetapi kami tetap perlu meneruskan latihan seperti biasa bagi menghadapi Piala Dunia dan Sukan Asia, tahun ini. 

“Saya anggap main hoki ini macam kerja juga, jadi kalau jurulatih bertukar, sama macam tukar bos, macam mana pun kita kena ikut cara mereka dan buat sebaik mungkin,” katanya. 

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar percaya Dharma adalah calon pilihan tepat mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan Revington. 

“Saya percaya Dharma pilihan terbaik kerana baru-baru ini dia memimpin skuad remaja menduduki tempat keempat di Piala Dunia. Ini satu kesinambungan dan kejayaan itu pasti mengundang rasa hormat pemain dan jurulatih lain,” katanya selepas melancarkan Kejohanan Ragbi Perdana 7 Sebelah Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) 2014 semalam.BERITA HARIAN

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998