CAPAI SASARAN, REVINGTON AKAN BANTU DHARMA SEHINGGA APRIL

by - Monday, January 27, 2014

Walaupun berdepan undian sukar di Piala Dunia pertengahan tahun ini, tetapi bekas ketua jurulatih hoki kebangsaan, Paul Revington yakin skuad hoki negara mampu mencapai sasaran berada dalam kelompok 10 terbaik seperti disasarkan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC). 

Katanya, prospek untuk menghuni 10 tangga teratas itu adalah realistik memandangkan skuad hoki negara mempunyai keseimbangan pemain bagi setiap posisi. 



“Sasaran itu sangat realistik, namun saya yakin dengan keupayaan adunan skuad kebangsaan yang terdiri daripada pemain senior dan remaja mungkin kejutan besar dapat dilakarkan mereka,” kata pengendali dari Afrika Selatan itu. 

Dalam undian yang dikeluarkan Khamis lalu, skuad hoki negara yang berada di ranking ke-13 dunia diundi dalam Kumpulan A bersama-sama Australia yang menduduki ranking pertama dunia, England (4), Belgium (5), India (8) dan Sepanyol (10). 

Revington yang menggemparkan sukan hoki tanah air apabila mengesahkan peletakan jawatan kali kedua sebagai ketua jurulatih berikutan masalah tekanan kerja sehingga menjejaskan kesihatannya berkata dia akan membantu Muhammad Dhaarma Raj Abdullah membentuk pasukan hingga April depan. 

“Memang diikutkan notis yang saya hantar untuk serta merta meletak jawatan sebagai ketua jurulatih namun kontrak saya bersama MHC ada lagi tiga bulan, jadi saya tiada masalah untuk membantu Dhaarma memantapkan skuah hoki negara. 
“Esok pagi (pagi ini) saya akan kembali turun ke stadium bagi bekerja keras bersama-sama Dhaarma menjalankan latihan bagi meningkatkan dan mengenal pasti kelemahan pemain sepanjang tempoh ini,” katanya.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998