BUKAN SAJA UPTOWN MALAH MIDTOWN PUN ADA DI BANDAR PERDA

by - Friday, January 31, 2014

midtown muhibah bandar perda
Selama ini Bandar Perda cuma dikenali dengan UPTOWN saja oleh penduduk Penang dan yang sewaktu dengannya. Malah salah satu tarikan untuk orang-orang luaq yang datang ke Penang.

Tapi sekarang dah ada pula MIDTOWN MUHIBBAH juga yang terletak di Bandar Perda. Kalau ikut banner yang tergantung dah hampir 3 bulan beroperasi di situ... (aku pun baru saja tau)
MIDTOWN ini yang beroperasi dari jam 9 malam sehingga pukul 2 pagi ditadbirkan oleh Persatuan Pergabungan Anak Bangsa Malaysia Bandar Perda.

Difahamkan seramai 150 orang peniaga yang berniaga digerai yang disediakan,harga yang ditawarkan amat berpatutan (berdasarkan pembelian kengkawan).



Tapak niaga yang terletak dibelakang Bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri ini tak susah untuk dicari. Tapi dari sebelah luar memang tak akan nampak tapak ini beroperasi sebab gerai-gerai niaga semuanya terletak dibahagian tengah.



Kalau tak jumpa juga, cari Restoran Kapitan atau pun Nash Donut dua landmark yang pasti semua orang tahu.

Parking tak jadi masalah rasanya disini pasal parking space memang banyak tak kira ditepi,depan atau pun belakang kawasan nih.

So kalau nak ke Uptown Perda tak salah terjah  Midtown Perda ni sama sekurangnya dapat juga buat perbandingan harga sebelum beli kan..


You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998