7 PEMAIN REMAJA PIKAT PAUL REVINGTON

by - Friday, January 17, 2014

Tujuh pemain skuad remaja negara berjaya memikat hati Paul Revington untuk dipanggil kali pertama dalam senarai 35 pemain skuad kebangsaan bagi menghadapi sekurang-kurangnya lima kejohanan utama sepanjang tahun ini.

Mereka adalah Kavin Kartik, Mohamad Hazrul Faiz Ahmad Sobri, Muhammad Azri Hassan, Muhammad Hafizuddin Othman, Muhammad Rashid Baharom, Muhammad Shahril Saabah serta Shazril Irwin Nazli.


Kesemua mereka beraksi cemerlang sepanjang kempen Piala Dunia Remaja di New Delhi, India, Disember tahun lalu yang menyaksikan skuad bimbingan bekas jurulatih Muhammad Dharma Raj Abdullah meraih tempat keempat.

Turut mendapat kepercayaan pengendali dari Afrika Selatan itu lima pemain remaja yang pernah dipanggil sebelum ini dan turut beraksi pada saingan Piala Dunia Remaja.




Mereka membabitkan Faiz Helmi Jali, Meor Muhamad Azuan Hasan, Mohammad Izad Hakimi Jamaluddin, Muhammad Firhan Ashaari serta Fitri Saari sekali gus menyaksikan 12 pemain remaja berada dalam skuad senior ketika ini.


“Skuad negara akan menghadapi banyak kejohanan utama sepanjang tahun ini dan atas faktor itu, kami memerlukan satu kumpulan pemain yang besar.

“Semua mereka yang berada dalam senarai 35 pemain ini akan diberi peluang sama rata beraksi dalam kejohanan disertai skuad negara,” kata Revington pada sidang media semalam.

Antara kejohanan utama yang akan disertai skuad negara sepanjang tahun ini ialah Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak (13 hingga 23 Mac), Cabaran Juara-Juara 1 di Kuantan, Pahang (26 April hingga 4 Mei), Piala Dunia (31 Mei hingga 15 Jun), Sukan Komanwel (23 Julai hingga 3 Ogos) dan Sukan Asia (19 September hingga 4 Oktober). METRO

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998