Header Ads

SELAMAT TINGGAL BRIAN O'CONNOR

Ramai yang bersedih rasanya dengan permegian Paul Walker atau Brian O'Connor yang maut selepas kemalangan dua hari lepas.

Siapa saja yang mengikuti rangkain filem Fast and Furious pasti akan merindukan watak Brian O'Connor ini.

Fast and Furious edisi perrtama tidak pernah ditayangkan dipawagam kat Malaysia, aku tau cerita nih pun dari VCD yang dibeli di Petaling Street.

Masa tu sukan drift tak dikenali pun tak Malaysia lagiMasa nih juga kelab-kelab kereta baru nak mula tumbuh.

Kelab-kelab kereta cuma sekadar  berforum di internet kecuali beberapa yang agak aktif dengan aktiviti antaranya PMC (Proton mania club), PROCC (proton owner car club) dan beberapa lagi.

Aku ingat lagi masa FF2, ada member yang buat t-shirt dan jual semasa kami lepak kat Projet Wangsa Maju. VCD pun burnt guna burner kat opis pas tu jual kat kengkawan.

Memang masa tuh time gila kereta. Sanggup aku dengan member drive kat Highway Shapadu Klang ikut sebelah lori kontena semata-mata nak cuba ukuq boleh lepas atau tak bawah kontena macam dalam cerita FnF tuh.

Seriusly FnF ini membawa banyak kenangan di masa kami muda remaja dan jangan terkejut kalau aku katakan salah seorang blogger tersohor juga merupakan salah seorang dari kami satu ketika dulu...

Agak-agaknya siapa???





1 comment:

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Powered by Blogger.