RM49 JUTA REBAT TOL TIDAK DITUNTUT? ADA TAK BAHAGIAN AKU...

by - Tuesday, December 24, 2013

Sehari dua nih heboh lah juga pasal rebat tol 20% yang tidak dituntut oleh rakyat Malaysia. Actually aku memang dah tahu lama pasal rebat tol nih bukan pasal bila dah jadi isu kat media massa baru nak ambil port.

Cuba bayangkan kalau media tak canangkan hal ini, kemana agaknya RM49juta  ini akan disalurkan?

Kenapa tidak dibuat rebat secara terus kepada pengguna yang layak kan lebih senang.

Bila dah dicanangkan, aku yang merasakan diri ini sebagai pengguna tetap touch n go pun check lah dekat website Touch n Go, mana lah tahu ada rezeki yang terperam...

Tapi macam biasa lah seperti yang sebelum-sebelum ini juga...hasilnya tetap sama

Untuk makluman rebat ini diberikan bukan kepada jumlah yang kita top up setiap bulan tetapi berdasarkan :

1.Penggunaan sebanyak 80 kali dalam sebulan dimana-mana tol dalam Malaysia
2. Rebat 20% berdasarkan jumlah transaksi amaun yang kita gunakan dalam sebulan

So kalau aku top up RM100 sebulan, guna untuk tol jambatan sekali sehari, jangan mimpi lah aku nak dapat rebat kan....

Tapi tak pe sekurangnya aku masih lagi boleh merasa diskaun tol dijambatan pulau pinang dengan kad touch n go nih..

Kereta cuma RM5.60 manakala motor baru RM1.14...bukan semua pemilik kad touch n go yang dapat diskaun nih tau.... hanya yang terpilih dan layak saja yang menerima diskaun macam nih...

Nak tahu macamana? Pergi la kat office penang Bridge sebelah plaza tol jambatan mengahala ke Penang untuk maklumat lanjut.. 


You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998