PIALA DUNIA REMAJA,BAHANG MULA TERASA

by - Monday, December 02, 2013

 Ketua jurulatih skuad hoki remaja kebangsaan, Muhammad Dharmaraj Abdullah optimis dengan tahap kemampuan pasukannya menjelang kejohanan Piala Dunia Remaja di India bermula 6 Disember ini.

Semalam, skuad hoki remaja yang layak ke kejohanan itu selaku juara Asia berlepas ke New Delhi dengan misi menamatkan saingan di kelompok lima terbaik.


“Kalau dikirakan tekanan, memang semua pemain dan pegawai sudah merasakan ‘bahang panas’ mula menyerap ke dalam badan,” kata Dharmaraj sebelum berlepas ke India awal pagi semalam. Malaysia berada dalam Kumpulan D bersama New Zealand, England dan Afrika Selatan.

“Peluang untuk pasukan kita sememangnya ada selaku juara Asia. Namun saya tidak mahu rasa tertekan dengan sasaran dan peluang yang kita ada.

“Pasukan Malaysia mampu untuk menewaskan mana-mana pasukan pun. Itu kekuatan yang ada dalam pasukan ini. Apa yang mustahak bagi saya ialah pemain sihat dan mampu melakukan yang terbaik dan yang lain itu terserah kepada Yang Maha Kuasa.

“Pasukan ini pernah menewaskan Jerman pada 2012 yang juga pasukan nombor satu dalam dunia, bagi saya tidak ada yang mustahil,” katanya.
Mengenai perlawanan pertama menentang New Zealand 6 Disember ini, Dharmaraj berkata: “Perlawanan itu amat penting untuk mendapatkan tiga mata berharga.

“Kalau dapat tiga mata, ini bermaksud pada dua lagi baki perlawanan tekanan sedikit berkurangan. Cukup untuk sekurang-kurangnya satu seri ataupun mencipta satu lagi kemenangan.

“Andai berlaku apa-apa yang tidak diingini di perlawanan pertama, ini sedikit sukar kerana bermain dengan tekanan di perlawanan kedua dan ketiga.”

Jadual Kumpulan D: 6 Disember
Malaysia mln New Zealand
(6.30 ptg)
England mln Afrika Selatan
(10 mlm)
(Semua perlawanan waktu Malaysia)

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998