KITA SEMAKIN KE PENGHUJUNG

by - Monday, December 16, 2013

Tahun 2013 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Banyak suka duka dan kenang pahit serta manis dapat dirasai oleh pasukan OFA Hockey Team pada tahun ini.

Malah bukan saja untuk OFA tapi bagi sukan hoki keseluruhannya tahun ini pencapaian yang amat membanggakan.

Bagi OFA Hockey Team, pencapaian jumlah pemain yang menjadi ahli OFA memcecah sehingga lebih 40 orang sesuatu yang berada diluar jangkaan. 



Tahun ini juga pasukan hoki OFA telah menggunakan jersi terbaru. Ianya mula diguna pakai semasa perlawanan tahunan antara OFA dan PFS tempohari.

Selain dari beberapa siri perlawanan yang diaturkan sepanjang tahun ini, OFA Hockey juga berjaya menganjurkan Karnival 6's buat kali Kedua. 

Karnival ini mengabungkan pemain pasukan OFA dan penuntut PFS dalam setiap pasukan.Tujuan karnival ini ialah untuk meneruskan kecermerlangan sukan hoki Penang Free School.

Tahun ini juga buat julung kalinya OFA menghantar 2 pasukan ke kejohanan hoki dalam dewan UPSI. Walaupun tidak mencipta sebarang kejutan, penyertaaan kali ini lebih kepada pendedahan untuk menguti pengalaman bermain dalam dewan. In Sha Allah ditahun 2014 pasukan OFA mampu memberikan cabaran yang sebenarnya.

Pasukan OFA juga berjaya menjadi naib johan di Kejohanan 6's Pengkalan Hulu, yang mana ianya juga merupakan pernyertaan kali pertama. Walau bagaimanapun pasukan yang bermain ini merupakan campuran pemain OFA dan USM. Tetapi pertandingan ini akan dimasukkan dalam kalendar OFA pada tahun hadapan.



Penutup penyertaaan pertandingan pada tahun ini ialah Pesta Hoki USM ke 40. Tahun ini cuma satu pasukan sahaja yang dihantar oleh OFA. Pasukan OFA ini tewas pada pusingan suku akhir. Manakala satu pasukan lagi yang terdiri dari para pemain OFA yang bermain dibawah nama USM berjaya menjadi juara pada Pesta Hoki yang lepas.

Suka hoki negara juga boleh dikatakan cemerlang diperingkat antarabangsa. Pasukan senior lelaki berjaya melayakkan diri ke kejohanan Hoki Piala Dunia pada tahun hadapan. Pasukan Remaja pula sekadar mengisi tempat ke 4 pada Kejohanan Hoki Piala Dunia yang berlangsung diIndia.

Malah pasukan hoki wanita kebangsaan yang sedang bermain di Sukan Sea sekarang ini juga telah mencipta satu rekod dunia apa bila mengalahkan pasukan lawan dengan 36 gol tidak berbalas.

Semoga ditahun 2014 sukan hoki akan meneruskan kegemilangan dan mengekalkan terus pencapaian yang memberangsangkan pada tahun 2013 ini bukan sahaja pasukan hoki kebangsaan tetapi juga pasukan hoki Penang Free School dan juga pasukan hoki OFA

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998