BILA JOOTAWAN TURUN TANJONG

by - Thursday, December 26, 2013

Semalam sempat juga bertemu dengan blooggers tersohor dari blooggersdotcom, siapa lagi kalau bukan Mr Jocko.

Kalau dikira-kira selpas dicampur tolak darab dan bahagi lebih kurang dekat 10 tahun juga lah kami tak berjumpa. 

Semalam sempat juga berjumpa walaupun tak lama dimajlis rumah terbuka Krismas yang diadakan di Padang Kota.

Borak pun tak lama,memandangkan Jocko ada kerja yang perlu dibuat tapi sempatlah diberi amanat untuk tahun 2014 supaya diwar-warkan kepada sesiapa saja yang bergelar blogger dikawasan utara yang mungkin berminat untuk menyertai projek-projek yang bakal dilaksanakan pada tahun depan.

Apa projek,apa programnya atau apa eventnya,sama-sama lah kita nantikan. Tapi kalau yang tak sabar nak tahu, like saja facebook BLOGGERSDOTCOM sentiasa ada update terkini.

Dan satu-satunya souvenir yang diberikan yang tidak mungkin dapat dibeli di pasar malam,uptown,downtown mahupun pasaraya berhampiran anda semua... 
t-shirt BLOOGGERS.... hehehe

hehehe aku dah dapat...hang pa bila lagi

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998