43 PINGAT EMAS BUKAN SATU PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN

by - Monday, December 23, 2013

Sukan Sea ke 27 dah pun melabuhkan tirai semalam. Malaysia berjaya mengumpul sebanyak 43 pingat emas, 3 pingat melebihi sasaran yang ditetapkan.

Tapi aku secara peribadi merasakan ini bukan sesuatu yang boleh dibanggakan. Mungkin ramai yang bersetuju atau mungkin juga ramai yang menyangkal tapi ini adalah hakikat yang perlu kita terima.

43 pingat emas dikedudukkan ke 5? Apa yang nak dibanggakan...

Perbezaan 64 pingat dengan Thailand,43 pingat dengan Myanmar,30 pingat dengan Vietnam dan 22 pingat dengan Indonesia. 

Mampu mengatasi Singapura cuma dengan perbezaan 14 pingat yang berada ditempat ke 6.



Jika kita keluarkan beberapa pingat dari Hoki dan juga terjun yang memang bukan tandingan negara Asean ini, agak-agak dimana kedudukkan kita?

Bolasepak pulak gagal memberikan sebarang pingat walaupun telah berbelanja besar untuk persiapan pasukan.Difahamkan hampir RM10 juta untuk dua tahun persiapan Sukan Sea ini.
Baca SINI 

Ong Kim Swee mungkin mempunyai jawapa pada kegagalan ini, tapi mampukah kita bangkit balik di Sukan Sea yang akan datang?

Sepak takraw lagi memalukan bila kita bukan saja jauh ditinggalkan Thailand, malah sedikit hari lagi kita akan berada jauh dibelakang pasukan-pasukan negara Asean yang lain. 

Dengan Laos,Myanmar dan Indonesia sekarang ini pun kita tidak mampu melakar kemenangan.

Dengan 6 pingat emas berjaya disumbang,Olahraga mungkin sedang kearah proses transformasi,bila ramai atlit yang dihantar adalah altit yang membuat penampilan sulung pada sukan Sea, Sekurangnya ada sinar untuk melakar kejayaan dimasa hadapan. 

Aku bukan hendak menidakkan penat lelah atlit-altit ini yang telah memerah keringat,mengorbankan masa dan tenaga untuk negara, cuma kalau dengan beberapa negara yang boleh dikatakan penduduknya sanggup datang mencari rezeki tak kira halal atau haram di negara kita mampu melakarkan kejayaan yang memberangsangkan...

Maka sesuatu harus dilakukan denga segera, Jangan kita tunggu Timor Leste berjaya memintas kita baru semua nak sedar dari lamunan


You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998