#3 PULAU PINANG KAYA DENGAN MUZIUM
Salam,
Macamana dengan hujung minggu yang lepas, ada tak yang sempat melawat muzium-muzium yang terdapat di Pulau Pinang?
Kalau tempoh masa sehari dua memang tak sempat nak pusing habis semua muzium ini kan, lagi pun ianya terletak agak berjauhan antara satu sama lain kecuali Muzium Islam dan Ben Vintage yang terletak di satu tempat yang sama.
So hari ini aku nak cuba lengkapkan senarai muzium yang ada kat Penang nih.
9. CAMERA MUSEUM
Muzium yang dibuka disebuah deretan kedai lama sekitar Lebuh Muntri.
Tempat ini menjadi tumpuan mereka yang menggemarkan fotografi selain tumpuan para pelancong .
Muzium yang memaparkan peredaran rupa dan reka cipta kamera dari awal tahun 1900 sehingga yang terkini disamping teknoloji yang digunakan dari zaman ke zaman untuk memproses sekeping gambar.
10. THE HOUSE OF YEAP CHOR EE
Rumah ini terletak di Lebuh Penang bersebelahan dengan Hong Leong Bank. Rumah atau muzium ini lebih berkonsepkan galeri serta restoren.
Disini lebih dipaparkan kejayan atau journey Yeap Chor Ee imigran dari China yang mampu berjaya di Pulau Pinang. Selain dari muzium ini,sebauah bangunan yang terletak dibelakang muzium ini juga dikenali sebagai Wisma yeap Chor Ee.
Sebatang jalan juga dinamakan semperna nama mendiang.
11. MADE IN PENANG INTERACTIVE MUSEUM
Salah satu diantara muzium serta tarikan tebaru di Penang. Teletak di Pengkalan Weld berhmpiran dengan terminal feri sebelah pulau. Kalau rasa nak bersarapan dengan Ketua Menteri boleh lah datang sini.
Sebuah lagi rumah dibangunan lama Lebuh Armenian yang dituakrkan menjadi muzium.
Dikenali sebagai Sun Yat Seng Museum ini juga memaparkan journey seoranga pedagan dari China yang berjaya di Pulau Pinang pada satu ketika dulu.
12. RUMAH P RAMLEE
Salah satu tarikan yang tidak perlu diperkenalkan lagi ialah Rumah P Ramlee. Rumah yang terletak di Jalan P Ramlee semperna nama seniman agung ini sendiri. Dahulunya jalan ini dkenali sebagai Counter Hall.
Walaupun rumah ini telah dibina semula ditapak asal, beberapa barang asal rumah ini juga digunapakai semasa proses membaik pulih.
13. MUSEUM OF GLASS
Kalau bukan kerana entri ini, aku sendiri pun tak tahu yang di Penang nih ada muzium kaya yang di iktiraf oleh Malaysia Book Of Records. Muzium ini terletak di Tanjong Tokong, Jalan Mount Eskine.
Dah nama pun glass, pasti lah semua yang ada disini berkaitan dengan glass dan kaca.
Muzium ini juga terletak disekita Lebuh Armenian dan sekali lagi kalau bukan pasal entri yang aku buat nih,aku pun tak tahu wujudnya muzium macam ni.
Setahu aku cuma batik craft yang terletak di Telok Bahang saja yang berkaitan dengan batik.
15. ONE EAST MUSEUM
One East Museum ini yang terletak di Jalan Dunlop sekitar Dato Keramat merupakan muzium yang banyak mempamerkan koleksi artifak zaman sekitar awal tahun 1900.
16. MUZIUM PERHUTANAN
Muzium yang teletak didalam kawasan riadah Taman Rimba Telok Bahang ini merupakan muzium yang memaparkan semua yang berkaitan dengan kayu-kayan dan yang berkaitan dengan hutan. Untuk mengatakan tempat ini menarik untuk dilawati, aku tak berani nak suggest.
Kali terakhir aku Taman Rimba,aku tengok muzium ini macam hidup segan mati tak mahu.
Atau mungkin juga kerana ianya bertukar ke Taman Negara elok Bahang.
17. MUZIUM TAMAN NEGARA TELOK BAHANG
Muzium ini di Taman Negara Telok Bahang. Didalm muzium ini juga ada beberapa sudut interaktif yang mampu menarik minat ramai terutamanya kanak-kanak. Beberapa model serta perkara berkaitan sejarah ada dipaparkan disini.
Ok akhirnya berjaya juga aku jelajah semua muzium yang terdapat di Penang ini dengan bantuan google. Ada juga sebahagian yang aku sendiri pernah lawat. ada yang belum lagi tapi jangankan sampai tahu kewujudannya pun setelah siap tiga entri ini.
Untuk makluman ini bukan review mengenai tempat-temapt menarik diPenang mahupun review mengenai muzium-muzium ini tetapi sekadar untuk berkongsi Muzium yang wujud di Penang ini sahaja.
Untuk maklumat mengenai tempat-tempat ini, selain carian google anda juga boleh dapatkan melalui Tourism Malaysia.
0 BeLoQeR
Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998