#2 PULAU PINANG KAYA DENGAN MUZIUM

by - Saturday, December 28, 2013

Salam hujung mingu, memandangkan hari ini kerja pun tak de kat office, so aku ambil peluang ini untuk completekan entri semalam pasal muzium di Pulau Pinang.

So apa kata kita mulakan penjelajahan kita dengan dua TOYS Museum yang ada di Pulau Pinang

6. BEN'S VINTAGE TOYS MUSEUM

Ben's Vintage ini merupakan salah satu diantara tarikan yang terdapat disekitar Lebuh Acheh. Kawasan sekitar Lebuh Acheh ini memang terkenal dengan tarikan lain seperti 'street art", bangunan kolonial serta pasar lambak atau rope walk.

Di Ben's boleh dikatakan banyak dipamerkan koleksi yang pasti mengimbau kenangan kepada generasi yang sekarang ini mungkin boleh kita gelarkan pakcik dan makcik, mana tak nya koleksi disini memang rare yang dikumpul dari tahun 1940 an lagi

7. PENANG TOYS MUSEUM

Penang Toy Museum ini pula yang dulunya terletak dihadapan sebuah hotel di Tanjong Bungah kini telah berpindah tempat ke Telok Bahang. Dibawah adalah peta lokasi baru muzium ini
Di muzium ini mungkin sesuai untuk generasi sekarang kerana kebanyakkan figura mainan adalah dari siri-siri animasi terkini atau dari watak-watak filem terkini.

8. THE OWL MUSEUM


The Owl Museum atau Muzium Burung hantu ini merupakan salah satu muzium terbaru yang terdapat di Pulau Pinang. Muzium in terletak di Bukit Bendera dan sudah pasti untuk kesini pengunjung boleh menaiki keretapi bukit atau pun boleh "hiking" naik keatas puncak bukit ini. Dan dah namapun muzium burung hantu maka semau yang dipamerkan disini adalah berkaitan dengan burung hantu saja.

Ok cukup dulu untuk kali nih, minggu depan kita sambung lagi dengan beberapa buah muzium yang ada di Pulau Pinang.

#1 PULAU PINANG KAYA DENGAN MUZIUM
#3 PULAU PINANG KAYA DENGAN MUZIUM

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998