#1 PULAU PINANG KAYA DENGAN MUZIUM

by - Friday, December 27, 2013

Aku tidak dapat pastikan sama ada ianya benar atau pun tidak yang Pulau Pinang ini sememang kaya dengan muzium.

Kalau berdasarkan carian google, dengan keyword "MUSEUM IN PENANG" ada kira-kira 10100100 carian. So entri ini aku cuba memaparkan sebanyak yang boleh muzium-muzium yang terdapat di Pulau Pinang. 

Kalau mengikut tripadvisor.com.my,ada 14 buah muzium atau yang dikategorikan sebagai muzium yang berada di Pulau Pinang

Lagi pun tahun depankan Tahun Melawat Malaysia 2014, sekurangnya kalau ada yang bertanya kita ditengah-tengah jalan tak le pulak kita terkial-kial nanti. 

Tak kan nak suruh orang yang tanya kita tu mengGOOGLE pulak kan.

1. Muzium Negeri Pulau Pinang


Muzium Negeri ini terletak di Lebuh Farquhar, dibelakang bangunan Mahkamah berdekatan dengan Bank Negara Malaysia.

2.Muzium Perang



Muzium yang terletak di Batu Maung ini merupakan kubu peninggalan semasa zaman perang dahulu.

3.Muzium Islam Pulau Pinang
Bangunan muzium ini asalnya milik Syed Al-Altas seorang rakyat Acheh berketurunan Arab. Terletak di Lebuh Armenian. Muzium ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa. Bangunan ini juga dikenali sebagai Syed Al-Altas Mansion atau Rumah Besar Syed Al Altas.

4. Muzium Peranakan Pulau Pinang

Muzium yang terletak di Lebuh Gereja ini dibuka setiap hari kepada orang ramai temasuk cuti umum. Muzium ini pada asalnya merupakan sebuah rumah agam mewah dizaman dahulu. Difahamkan pelawat tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar atau video ditempat ini tanpa mendapat kebenaran dari pihak yang menjaganya.

5. KHOO KONGSI
Aku tak dapat pastikan pula kenapa Khoo Kongi ini dikategorikan sebagai muzium, tetapi memang merupakan salah satu tempat tarikan pelancong yang datang ke Pulau Pinang. Terletak di Lebuh Cannon atau Cannon Square, temapat ini dibuka kepada pelawat setiap hari termasuk pada hari cuti umum.

Cukup dulu untuk entri kali ini, nanti kita sambung lagi beberapa tempat yang dikatakan kan muzium atau pun yang dikategorikan muzium di Pulau Pinang.

p/s: gambar yang tertera disini semuanya ihsan dari googleimage. Sumber rujukan adalah dari Google,Tripadvisor dan Tourism Malaysia

#2 PULAU PINANG KAYA DENGAN MUZIUM
#3 PULAU PINANG KAYA DENGAN MUZIUM

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998