Header Ads

WALAUPUN MEMPUNYAI PEMANDANGAN YANG MENARIK

Jangan terkejut kalau gambar diatas yang mempunya pemandang menarik disekelilingnya merupakan sebuah tandas. Mungkin hanya satu tandas ekstrem macam ni di dunia.

Mana taknya, ianya terletak pada ketinggian 2600 meter dari aras laut dan tu dihujung tebing pula tuh. Ngeri nak membayangkan kalau terpaksa membuat "business" disitu.

Tapi tandas ini lah yang digunakan oleh para pekerja di sebuah pusat pemantauan cuaca di Kaya Tyurek (kena google sendiri la mana letaknya tempat nih) sejak dari tahun 1939 lagi dan masih lagi teguh berdiri untuk memberi khidmat.

Ini antara pemandangan yang dapat dinikmati semasa melunaskan hajat kita jika berada disana.

Posmen cuma akan datang sebulan sekali untuk ambil data manakala helikopter pula digunakan untuk menghantar makanan dan sebagainya.

Mungkin kut ada kawan-kawan yang bergelar photographer yang sanggup untuk bertenggek disitu bagi mendapatkan moment-moment terindah... 

Amacam photoG, ada yang berani?


No comments

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Powered by Blogger.